Friday, November 14, 2008

YB KHAIRY MERAIKAN PELAJAR SEKOLAH KEBANGSAAN SEMERBOK, KOTA

Hari Kecemerlangan SK Semerbok

Hari Kecemerlangan ini diadakan adalah untuk memberikan hadiah kecemerlangan kepada murid-murid cemerlang di sekolah tersebut. Yang Dipertua PIBG, Sdr. Ramli Lamin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian YB Khairy melapangkan masa untuk hadir ke sekolah tersebut. Beliau juga memaklumkan bahawa sekolah tersebut memerlukan perhatian yang sewajarnya kerana masalah kelas pembelajaran yang kurang sempurna dan bangunan sekolah yang ada mempunyai kemudahan yang kurang sempurna.

YB Khairy dalam ucapannya memaklumkan bahawa aspek kecemerlangan pendidikan menjadi keutamaan beliau di Parlimen Rembau. Beliau juga berharap agar ibu bapa dapat memberi perhatian yang serius terhadap pelajaran anak-anak mereka. Peluang yang sama rata untuk pelajar-pelajar luar bandar juga dipertahankan bagi memastikan semua pelajar mempunyai peluang melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi, terutamanya pelajar kampung.

Majlis tersebut dimeriahkan dengan persembahan pelajar dan penyampaian hadiah kepada pelajar cemerlang oleh YB Khairy.

Beliau berharap agar SK Semerbok dapat melahirkan pelajar Cemerlang UPSR
dan bersedia membantu bagi merialisasikan usaha tersebut


Sdr. Ramli Lamin, YDP PIBG SK Semerbok memaklumkan tentang
keputusan UPSR yang baru keluar semalam


YB Khairy melihat sendiri kekurangan yang ada di sekolah tersebut


Para guru dan AJK PIBG mengambil kesempatan bergambar dengan
YB kesayangan mereka


Wajah-wajah ceria murid SK Semerbok kerana berpeluang bertemu
dengan YB Khairy yang tidak lokek dengan senyuman

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin