Tuesday, November 18, 2008

TIDAK PERLU TUKAR KERAJAAN UNTUK TURUNKAN HARGA MINYAK

Oleh: Rizuan Ahamad

Harga runcit Petrol RON97 telahpun dikurangkan sebanyak 15 sen seliter kepada RM2.00 seliter daripada RM2.15 sen seliter oleh Kerajaan Barisan Nasional. Ini merupakan penurunan yang kelima sejak bulan Ogos yang lalu berdasarkan formula penetapan harga yang diamalkan sekarang.

Awal bulan ini, harga petrol RON97 dikurangkan daripada RM2.30 seliter kepada RM2.15 seliter, petrol RON92 dikurangkan daripada RM2.20 seliter kepada RM2.05 seliter dan diesel dikurangkan dari RM2.20 seliter kepada RM2.05 seliter.

Sebelum ini, harga petrol RON97 turun dari RM2.70 seliter kepada RM2.55, RM2.45 dan RM2.30 manakala petrol RON92 dari RM2.62 seliter kepada RM2.40, RM2.30 dan RM2.20. Diesel pula turun dari RM2.58 kepada RM2.50, RM2.40 dan RM2.20.

Gambaran yang ada pada hari ini menunjukkan bahawa rakyat masih lagi memiliki Kerajaan yang betul untuk menguruskan negara ini dengan berkesan. Kerajaan yang baik akan memastikan ekonomi negara akan sentiasa stabil dan tidak meletakkan negara ini ke dalam kemuflisan. Dan bagi memastikan negara ini kekal stabil, peranan rakyat amat diperlukan untuk sama-sama membantu negara menghadapi setiap krisis yang berlaku.

Sebagai ganjaran atas usahasama tersebut, formula penetapan harga minyak yang telah dilaksanakan tidak langsung menampakkan bantahan terutamanya daripada Pembangkang Pakatan Rakyat. Rakyat juga berpuas hati dengan Kerajaan BN kerana peka dengan masalah rakyat dan harga minyak diturunkan selaras dengan penurunan harga minyak dunia.

Bukan Anwar, tetapi Kerajaan BARISAN NASIONAL
telah pastikan rakyat mendapat HAK MEREKA!!!


Rakyat juga tidak perlu menunggu tertubuhnya Kerajaan Pakatan Rakyat untuk memastikan harga minyak turun semula. Kerajaan Barisan Nasional telah membuktikan bahawa amalan berhati-hati dalam melaksanakan sesuatu dasar dan pelan tindakan menghadapi krisis menjamin kesejahteraan rakyat untuk jangka masa panjang.

Kerajaan Barisan Nasional juga akan terus mengekalkan pembayaran rebat tunai kepada pemilik kenderaan persendirian sehingga 31 Mac tahun hadapan walaupun harga minyak diturunkan.

"Harga minyak pada masa sekarang menurun dan kita akan menstruktur kembali harga minyak mulai 1 September ini, kemungkinan besar harga minyak akan turun. Bagaimanapun, kerajaan akan kekal membayar seperti yang telah dijanjikan iaitu mambayar balik rebat dengan kadar yang telah dijanjikan" - Datuk Kong Cho Ha, Timbalan Menteri Kewangan menjawab soalan Wee Choo Keong (PKR Wangsa Maju) dalam Dewan Parlimen yang lepas.

Berdasarkan janji kerajaan Barisan Nasional, rebat tunai sebanyak RM625 akan diberi kepada pemilik kenderaan berkapasiti enin sehingga 2,000cc serta trak pikap dan jip berkapasiti 2,500cc manakala RM150 pula diberikan kepada pemilik motosikal persendirian berkapasiti enjin sehingga 250cc. Maksimum kenderaan yang dibenarkan kepada setiap pemilik adalah 2 buah kenderaan sahaja.

UNDILAH BARISAN NASIONAL

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin