Sunday, November 9, 2008

ALI RUSTAM DICALONKAN DI REMBAU

Oleh Nurul (Pu3 Rembau)

Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Rembau yang bersidang pada hari ini sepakat untuk mencalonkan YAB Dato' Seri Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Naib Presiden UMNO sebagai calon Timbalan Presiden UMNO. Pencalonan tersebut dibuat sebagai pelengkap kepada pencalonan kepada jawatan Presiden UMNO, YAB Dato' Sri Haji Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak.

Bagi pencalonan jawatan Naib Presiden, para Perwakilan UMNO Rembau telah memilih 2 orang tokoh tempatan dan seorang tokoh dari Majlis Tertinggi, iaitu:

1. Y.Bhg. Tan Sri Mohd Isa Samad
2. YB Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim
2. YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi


Berikut adalah biodata ringkas tentang calon Timbalan Presiden pilihan UMNO Rembau.

Y.A.B. Datuk Seri Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam telah menerajui Negeri Melaka sejak 2 Disember 1999. Dalam tempoh 2000 – 2007, banyak kemajuan dan perubahan yang pantas telah dapat dilihat. Pembangunan Negeri ini terangkum dalam Visi Melaka Maju 2010 yang telah beliau usahakan semenjak tahun 2000.

Diakui bahawa beliau meneruskan kesinambungan usaha para pemimpin yang lebih awal. Walau bagaimanapun, beliau telah memacunya dengan lebih fokus dan pada tahap kelajuan yang lebih pantas lagi di bawah landskap k-ekonomi. Kesimpulan ini bersandarkan kepada beberapa fakta kukuh yang menunjukkan lonjakan kemajuan dalam satu tempoh masa yang sama.

Dan dibawah kepimpinan beliau, Kota Melaka telah tercatat sebagai sebuah Kota Warisan Dunia.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin