
Sudah dijangkakan, Sdr. Khairy Jamaluddin tetap menjadi pilihan para perwakilan untuk meneraju Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Laungan Hidup KJ dilaungkan oleh 300 orang perwakilan yang hadir, bermula sebaik sahaja Beliau menyampaikan ucapan selaku Ketua Pergerakan UMNO Bahagian Rembau.
Disamping itu, Dato' Rizal Merican telah dicalonkan untuk mengisi jawatan Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.
Mesyuarat tersebut bermula selepas dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan lebih kurang jam 11.30 pagi. Mesyuarat tersebut telah berjalan dengan lancar dan mendapat sokongan yang amat baik daripada semua perwakilan. Rata-rata perwakilan dilihat

Pada ketika ini, pemerhati dari Bahagian Tampin sedang menjalankan pengiraan undi bagi perwakilan G2 dan ahli jawatankuasa yang akan membantu Khairy untuk tempoh 3 tahun yang akan datang. Ini menunjukkan bahawa amalan demokrasi itu masih lagi wujud dalam UMNO yang menjadi tonggak kepada kekuatan UMNO dan Barisan Nasional.

Beliau juga telah menyeru agar pemuda UMNO Rembau untuk berikrar agar setia kepada pemimpin dan disambut dengan laungan 'HIDUP KJ' oleh para perwakilan. Beliau juga mengharapkan agar Pemuda UMNO Bahagian Rembau mengutamakan perpaduan dan setiakawan demi menjamin perpaduan yang lebih erat dan berkekalan.