Saturday, November 8, 2008

PEMUDA REMBAU MENGAUM !!!

Oleh Rizuan Ahamad



Majlis Perasmian Serentak Mesyuarat Perwakilan Wanita dan Pemuda UMNO Bahagian Rembau telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan di Dewan Merdeka Rembau (Baru).



Dalam ucapan Beliau, yang juga Ketua UMNO Bahagian Rembau menekankan bahawa Pemuda harus garang dalam memperjuangkan nasib bangsa Melayu dan Negara Malaysia ini. Dalam nada seloka, Beliau menyatakan bahawa manusi takut kepada harimau kerana ngaumannya, mungkin kita tidak takut lagi bila harimau hanya mengiau.



Dari segi sejarah, UMNO ditubuhkan pada tahun 1946 bagi menyatukan persatuan-persatuan Melayu yang sejak dahulu lagi berjuang untuk mebebaskan Tanah Melayu dari penjajah. Sebagai masyarakat pribumi di Tanah Melayu, perjuangan untuk membebaskan negara ini telah banyak menumpahkan darah dan air mata orang Melayu itu sendiri. Mungkin perkara ini tidak berlaku kepada bangsa-bangsa lain di Malaysia.



Dalam huraian Beliau, pribumi dari sudut antropologi bermaksud manusia yang mula-mula sekali

bertapak dan membina tamadun di wilayah tersebut. Kita tidak boleh lari dari sejarah bahawa Tamadun Melayu adalah satu-satunya tamadun yang wujud di bumi keramat ini. Ini bertentangan

sekali dengan kenyataan seorang Timbalan Menteri yang menyamakan perjuangan orang Melayu sama dengan perjuangan bangsa mereka dan orang Melayu juga pendatang di Tanah Melayu. Inilah yang dikatakan sebagai pemesongan fakta sejarah bagi kepentingan dan perjuangan agenda bangsa mereka.



Isu Ketuanan Melayu sering kali digunakan bagi memperlihatkan seolah-olah UMNO adalah parti perkauman, seolah-oleh orang Melayu adalah tuan, manakala bangsa lain adalah kuli.

Sedangkan Ketuanan Melayu itu merujuk kepada bangsa pribumi yang mebina tamadun Melayu dan menjadi tuan kepada negara ini sebelum kemasukan penjajah, yang telah membawa masuk golongan pedagang, peladang dan pelombong.



Satu hakikat yang tidak boleh kita ketepikan adalah UMNO wujud untuk membela nasib bangsa Melayu, dan pembelaan ini bukanlah satu semangat perkauman.





LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin