Thursday, November 6, 2008

MANGSA BANJIR DI PAROI DAPAT PEMBELAAN

Pada 25 Oktober yang lepas, satu majlis penyampaian sumbangan untuk mangsa-mangsa banjir di Paroi telah diadakan. Majlis tersebut telah dianjurkan oleh Pejabat Parlimen Rembau dengan kerjasama Jawatankuasa Penyelaras UMNO DUN Paroi dan Pusat Khidmat Barisan nasional DUN Paroi.

Seramai 74 buah keluarga telah diberi bantuan kewangan antara RM300 hingga RM1000 untuk setiap rumah mengikut tahap kerosakan yang dialami. Walaupun sumbangan yang diberikan tidak mampu menampung jumlah kerugian yang dialami, rata-rata mangsa banjir mengucapkan terima kasih di atas keperihatinan Ahli Parlimen dan UMNO Bahagian Rembau.

Kejadian banjir yang belaku pada tengah Ahad, malam 19 Oktober itu telah menagkibatkan Taman Tuanku Jaafar dan Taman Angsi Ville ditengelami air sedalam 2 kaki hingga 7 kaki. Kawasan yang teruk dinaiki air ialah di Taman Angsi Ville, yang menyebabkan kerosakan harta benda yang besar dan satu keluarga terperangkap sehinggalah dibantu oleh pasukan tentera dari Batalion 15 RAMD.

Banjir dikatakan berlaku akibat daripada hujan lebat luar biasa yang turun dari Gunung Angsi dan sungai yang megalirkan hujan tersebut tidak mempu untuk menampung isipadu air yang meningkat berkali-kali ganda dari biasa. Banjir tersebut turut mengakibat kawasan tanaman dan rumah di tepi sungai hingga ke Pekan Rantau ditenggelami air.

Khairy meminta agar semua penduduk lebih berwaspada sekiranya berlaku kejadian seperti ini, dan tidak menunggu masa yang lama untuk membuat keputusan keluar dari rumah kerana nyawa adalah perkara yang paling utama.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin