Thursday, February 25, 2010

SDR. KHAIRY MENGETUAI PENYERAHAN MEMORANDUN KE PESURUHJAYA TINGGI AUSTRALIA

"Mind Your Own Business"....Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin Bersama Lebih 500 Ahli Pergerakan Itu Dan NGO Belia Yang Lain Mengadakan Demonstrasi Dihadapan Kedutaaan Australia Di Sini, Rabu Pagi Berhubung Tindakan 50 Ahli Parlimen Negara Itu Yang Menggesa Kerajaan Menggugurkan Tuduhan Liwat Ke Atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Friday, February 12, 2010

11 FEBUARI 2010 - AHLI PARLIMEN REMBAU MERAIKAN WARGA EMAS SEMPENA TAHUN BARU CINA

Oleh: Rizuan
Gambar: Mustaqim


10.00 pagi, Kg. Legong Jaya - Sempena sambutan Tahun Baru Cina yang akan disambut pada 14 Febuari nanti, Sdr. Khairy Jamaluddin berbesar hati untuk menyampaikan sumbangan hamper kepada 40 orang warga emas yang tinggal di Kg. Legong Jaya.

Kehadiran Sdr. Khairy di kampung tersebut disambut gembira oleh penduduk di sana di atas keperihatinan dan keramahan Ahli Parlimen Rembau yang sudi bertemu mereka. Dalam majlis tersebut, Sdr. Khairy juga telah berjanji untuk memberikan sumbangan sebanyak RM2000 kepada JKKK Kg. Legong Jaya untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dirancang.


Sdr. Khairy menyampaikan ucapan di hadapan warga emas yang hadir

Antara golongan warga emas yang telah bermastautin di kampung ini lebih dari 50 tahun

Sdr. Khairy menyampaikan sumbangan hamper

Sdr. Khairy menyampaikan sumbangan hamper

Sdr. Khairy menyampaikan sumbangan hamper

Bergambar kenang-kenangan selepas progr

Ucapan sambutan tahun baru Cina


11.00 pagi, Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan Rembau - Sdr. Khairy Jamaluddin telah mempengerusikan mesyuarat Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Rembau kali pertama 2010. Mesyuarat tersebut turut membincangkan pelaksanaan program SUBUR yang ditangguhkan sementara waktu serta pembangunan program-program pertanian di Parlimen Rembau.

Sdr. Khairy meminta agar pelaksana projek yang terdiri daripada agensi kerajaan untuk mendahulukan permintaan pengusaha

Antara ketua-ketua jabatan yang turut hadir

Sesi soal jaab bersama Jabatan Veterinar Daerah Rembau

Antara penghulu kawasan yang turut hadir

Tuesday, February 9, 2010

8 FEBUARI 2010 - KHAIRY MENYAMPAIKAN BANTUAN AM PERSEKOLAHAN UNTUK ANAK ASNAF FAKIR MISKIN

Oleh: Rizuan
Gambar: Shaharizan

10.30 pagi, Dewan Orang Ramai Pedas - Sdr. Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Ahli Parlimen Rembau telah berkesempatan untuk menyampaikan Bantuan Cek Am Persekolahan untuk anak-anak asnaf fakir miskin dari daerah Rembau. Bantuan tersebut merupakan bantuan tahunan daripada Baitulmal Daerah Rembau untuk keluarga miskin yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah.

Bantuan tersebut diberikan kepada 112 buah keluarga yang menerima bantuan di antara RM250 - RM700 yang berdasarkan jumlah anak-anak mereka yang masih belajar. Jumlah bantuan yang dikeluarkan oleh Baitulmal pada kali ini adalah berjumlah RM47,250.

Program tersebut yaang bermula seawal jam 9.00 pagi diisi dengan slot ceramah motivasi 'Segunung Harapan' yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Nizam Bin Abdul kadir, Pensyarah UIAM.


Antara ahli keluarga penerima bantuan yang hadir

Sdr. Khairy bersama pegawai MAINS dan Pejabat Baitulmal Rembau

Sdr. Khairy memberikan kata-kata semangat kepada golongan faakir miskin untuk memperbaiki kehidupan mereka pada masa akan datang

Mendengar ucapan Sdr. Khairy dengan penuh tumpuan

Sesi penyampaian Bantuan Cek Am Persekolahan

Sesi penyampaian Bantuan Cek Am Persekolahan

Sesi penyampaian Bantuan Cek Am Persekolahan

Monday, February 1, 2010

31 JANUARI 10 - PROGRAM UMNO JUARA RAKYAT (PENDDIDIKAN) DUN CHEMBONG BERJAYA MENARIK MINAT GENERASI MUDA

Sumber: UtusanOnline

REMBAU 31 Jan. - Parti UMNO bukan ditubuhkan untuk menumbangkan sesiapa tetapi menjadi 'pejuang tulen' kepada semua bangsa di negara Malaysia ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tiada satu pun perjuangan UMNO yang berteraskan ke arah kemusnahan bangsa dan negara, sebaliknya ia terus diperkukuhkan demi kepentingan rakyat keseluruhannya.

''UMNO kuat, kuatlah Barisan Nasional (BN). Kita akan terus perjuangkan rakyat Malaysia untuk semua, 1Malaysia.

''UMNO juga akan terus menjadi pejuang kepada semua bangsa di negara ini," katanya ketika berucap pada majlis penutupan Program Juara Rakyat Pendidikan anjuran UMNO Bahagian Rembau di Dataran Rembau di sini hari ini.

Hadir sama Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Azman Hasan serta Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Chembong, Zaifulbahri Idris.

Kata Mohamad, Program Juara Rakyat yang dilakukan ini merupakan sebahagian daripada usaha memberikan keyakinan kepada rakyat terhadap usaha yang dilakukan selama ini oleh UMNO dan BN dalam memastikan kesejahteraan mereka.

''Kita mahu semangat dan roh perjuangan parti UMNO dan semangat perpaduan yang dicipta di kalangan rakyat, ditiup kembali dan menjadi segar di hati rakyat.

''Kita mahu generasi hari ini terus mewarisi semangat yang telah dibawa oleh perjuangan terdahulu, khususnya dalam parti UMNO supaya mereka dapat terus hidup dalam keadaan aman dan damai kelak," katanya.

Mohamad yang juga Ketua UMNO Bahagian Rembau memberitahu, program yang berteraskan keutamaan terhadap rakyat itu juga mahu memperjelaskan betapa selama ini tonggak kejayaan itu adalah hasil pemuafakatan UMNO dan parti komponen BN.

''Juara Rakyat ini akan menjadi agenda penting sepanjang tahun ini dan akan diteruskan mengikut tema yang telah dirancang.

''Di Rembau ini, ia akan diteruskan pula di Rantau, Kota, Paroi dan seterusnya sehinggalah ke hujung tahun demi memperkasakan rakyat," jelasnya.

Sementara itu, dalam program yang telah berlangsung selama tiga hari sejak Jumaat lalu telah berjaya mendekatkan rakyat dengan tema mengutamakan pendidikan di kalangan rakyat.

''Sebanyak 24 gerai telah dibuka pada hari ini dan pelbagai program motivasi telah kita adakan demi meningkatkan taraf pendidikan anak- anak kita," ujarnya.

Seramai 78 orang pelajar cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) telah menerima hadiah galakan daripada Mohamad pada majlis berkenaan.



Bersedia untuk menyanyikan lagu Negaraku dan Juara Rakyat

Tuan Zaifulbahri Idris, ADUN Chembong menyampaikan ucapannya

Sdr. Khairy menyampaikan ucapannya dengan penuh semangat

YAB Dato' Seri Utama Hj. Mohaamad Bin Hj. Hasan menyampaikan ucapannya yang mendapat perhatian daripada 1500 orang tetamu yang hadir

UMNO adalah juara sebenar yang selama ini membantu rakyat walaupun seringkali diperkecil-kecilkan peranannya

Menteri Besar menyampaikan sumbangan kepada pelajar cemerlang UPSR 2009 DUN Chembong

Generasi pada hari ini perlu dididik dengan erti terima kasih sebenar untuk diamalkan dalam realiti kehidupan mereka

Mengunjungi khemah pendaftaran AHLI UMNO

SPR juga mengambil peluang untuk menjalankan kempen Daftar Pemilih bagi individu berusia 21 tahun ke atas

Sdr. Khairy bersama Dato' Hj. Azman, Setiausaha UMNO Perhubungan Negeri Sembilan di khemah UiTM

22 JANUARI 2010 - BERSAMA RAKYAT DI PARLIMEN REMBAU DAN KAKITANGAN KEMAS

Oleh: Rizuan
Gambar: Takim


10.30 pagi - Sesi bertemu rakyat di Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Rembau telah memberi peluang kepada para pengundi dan rakyat di Rembau bertemu dengan Sdr. Khairy. Selain daripada mengadu masalah yang mereka hadapi, peluang ini juga memberi peluang kepada pelbagai lapisan masyarakat berkongsi idea dan perancaangan untuk membangunkan kawasan mereka.

1.00 t/hari - Sdr. Khairy telah berkunjung ke Masjid Pulau Besar untuk menunaikan Solat Jumaat disamping hasrat beliau untuk melihat perkembangan pembangunan yang berlaku di kampung tersebut. kahdiran beliau telh disambut oleh Sdr. Mahadir, Pengerusi JKKK dan para penduduk kampung tersebut.


Iktiqaf di Masjid Pulau Besar sementara menunggu waktu Solat Jumaat

Sdr. Mahadir menjemput Khairy untuk makan tengah hari dan kenduri kecil rumahnya

Mesra dan rapat dengan para pengundi di kawasannya

Sdr. Mahadir juga merupakan Pengerusi Majlis Belia Daerah Rembau

Hidangan masakan kampung yang membangkitkan selera para tetamu

Bersalaman dengan ahli keluarga Mahadir yang gembira dengan kehadiran Sdr. Khairy


2.30 petang - Menziarahi penduduk kampung baru baru meninggal dunia di Kampung Kundur Hulu dan Taman Pedas Perdana

Menziarahi ahli keluarga seorang warga emas yang meninggal dunia di kebun getah

Berbual dengan anak dan isteri arwah serta menyampaikan sumbangan ikhlas

Menziarahi keluarga arwah Mustafa yang meninggaal dunia akibat dihempap pokok semasa aktiviti gotong royong

Arwah meninggal seorang isteri dan dua orang anak yang masih kecil

Sdr. Khairy menyampaikan sumbangan kecemasan RM500 kepada keluarga magsa


3.30 petang -KEMAS Parlimen Rembau telah mengadakan Majlis Dialog dan Ramah Mesra Bersama Ahli Parlimen Rembau yang telah dihadiri oleh 150 orang kakitangan KEMAS dan tetamu jemputan. Majlis ini diadakan adalah untuk memberikan peluang kepada kakitangan KEMAS yang hampir dengan rakyat berdialog dengan Sdr. Khairy berkaitan isu-isu semasa terkini bagi disampaikan kepada rakyat di bawah.

Sdr. Khairy juga dalam ucapannya mengucapkan terima kasih di atas sumbangan besar yang telah dimainkan oleh pihak KEMAS dalam menyampaikan wadah dan agenda perjuangan pihak Kerajaan dalam membantu meningkatkan kehidupan rakyat.


Kebanyakan kakitangan KEMAS merupakan lantikan secara kontrak walaupun telah lama berkhidmat dengan agensi Kerajaan ini

Kakitangan KEMAS melaungkan slogan perjuangan mereka

Sdr. Khairy menerangkan beberapa isu semasa yang sedang berlaku dalam negara

Keupayaan Sdr. Khairy menerangkan isu-isu semasa dengan jelas amat memudahkan kakitangaan KEMAS menerangkannya kembali kepada masyarakat

Salah seorang kakitangan KEMAS bertanyakan soalan

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin