Monday, July 26, 2010

Sokongan Ahli Politik Dalam Permohonan Kepada Kerajaan

Kita dimaklumkan hari ini, kakitangan awam kini diarahkan melaporkan sebarang kes di mana ahli politik cuba mempengaruhi pemberian kontrak Kerajaan melalui surat sokongan mahupun secara lisan. Pekeliling yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara Y.Bhg Tan Sri Sidek Hassan baru-baru ini menegaskan bahawa sebarang keputusan dalam hal pemberian kontrak Kerajaan - baik Kementerian, agensi mahupun jabatan - perlu berdasarkan merit dan kelayakan sesuatu permohonan, bukan sebarang hubungan politik.

Pada dasarnya saya menyokong sepenuhnya usaha membanteras penyalah gunaan kuasa serta mengutamakan merit dan keperluan dalam apa jua permohonan kepada Kerajaan. Kita sedia maklum pada masa lalu memang wujud kes-kes di mana pemohon-pemohon yang mempunyai hubungan politik diberi kontrak Kerajaan atas dasar sokongan dari ahli politik. Saya juga bersetuju dengan Presiden Cuepacs Omar Osman bahawa fenomena ini adalah tidak adil bagi pemohon-pemohon lain yang tidak mempunyai 'kabel' hubungan politik ini.

Namun, berdasarkan pengalaman selaku seorang wakil rakyat, saya juga menyedari bahawa bukan semua yang datang meminta surat sokongan adalah mereka yang tidak layak dibantu jauh sekali bergantung harap kepada sokongan dari ahli politik semata-mata. Malah, terdapat beberapa kes di mana pemohon yang ternyata berkelayakan terpaksa datang meminta sokongan saya selaku wakil mereka di Rembau kerana permohonan mereka gagal atas sebab-sebab kelemahan birokrasi.

Mereka ini bukanlah kenalan saya jauh sekali mempunyai hubungan politik dengan saya. Mereka berkesempatan berjumpa saya sewaktu saya berada di Pusat Khidmat Masyarakat Rembau. BACA SELANJUTNYA.

Wednesday, July 14, 2010

REMBAU FC WAKIL MALAYSIA DI KEJOHANAN GOTHIA CUP

9 Julai 2010, Astana Raja - Sekolah Sukan Bola Sepak Negeri Sembilan yang diletakkan di bawah Sekolah Menengah Datuk Abdullah, Astana Raja telah terpilih sekali lagi pada tahun ini untuk mewakili kejohanan Gothia Cup yang berlangsung di Gothenberg, Sweeden yang akan berlangsung pada 18-24 Julai 2010.

Gothia Cup merupakan kejohanan dunia bola sepak remaja yang dianjurkan oleh syarikat SKF, dan telah menghimpunkan penyertaan daripada 61 buah negara. Pasukan ini layak mewakili Malaysia setelah menewaskan beberapa pasukan lain melalui beberapa siri perlawanan yang dianjurkan oleh syarikat antarabanagsa ini.




Dalam pertemuan itu, Saudara Khairy memberikan kata-kata perangsang kepada Rembau FC agar tidak gentar jika bertembung dengan pasukan yang memiliki kekuatan fizikal, kerana yang penting adalah taktik dan strategi untuk menumpaskan lawan.

Beliau jugaa telah menyampaaikaan sumbangan sebanyak RM3000 kepada pasukan tersebut sebagai duit poket untuk para pemain.


Pengetua menyampaikan ucapan penghargaan di atas kehadiran Saudara Khairy


Inilah wajah-wajah pemain yang bakal mengharumkan nama negara


Saudara Khairy memberikan kata-kata semangat untuk memberikan lebih keyakinan kepada Rembau FC


Ketua pasukan Rembau FC menerima sumbangan daripada Ahli Parlimen Rembau


Laungan 1Malaysia Boleh !!!

Saturday, July 10, 2010

LAWATAN KE SRJK(T) LADANG SEREMBAN, SUNGAI GADUT

9 Julai 2010, Sungai Gadut - Setelah menerima aduan daripada PIBG SRJK(T) Ladang Seremban tentang masalah yang dialami oleh sekolah tersebut, Saudara Khairy telah turun sendiri bagi melihat kesulitan yang dialami pihak sekolah secara dekat.

Dalam lawatan tersebut, beliau mendapati kelemahan yang paling ketara adalah tiadanya infrastruktur perparitan yang menyebabkan sekolah tersebut sering dilanda banjir apabila hujan lebat. Perkara tersebut akan beliau bawa ke perhatian Majlis Perbandaran Nilai untuk tindakan selanjutnya.

Selain itu, beliau turut meluluskan peruntukaan bagi membina susur gajah dan tempat menunggu bagi memberikan keselesaan dan menjamin keselamatan pelajar tiba dan pulang dari sekolah. Ternyata, tidakan segera yang diambil oleh Ahli Parlimen Rembau ini mendapat pujian daripada ibu bapa dan tenaga pengajar.

Guru Besar menerangkan masalah yaang berlaku di sekolah bantuan modal ini


Saudara Khairy peka dengan masalah yang dihadapi para pendidik dan berjanji akan membantu sebaik mungkin


Disinilah tempat dimana susur gajah akan dibina menuju ke tempat menunggu


Melawat padang yang sering rosak apabila berlakunya banjir

KHAIRY BERTEMU BEKAS AHLI PKR TAMAN KELAB TUANKU

9 Julai 2010, Rantau - Saudara Khairy telah dijemput untuk bertemu dengan bekas ahli-ahli PKR dan penyokong Pakatan rakyat di Taman Kelab Tuanku, Mambau yang kecewa dengan tindak tanduk Pakatan Rakyat ahkir-akhir ini.

Saudara Khairy menerangkan konsep perpaduan sebenar dalam BN

Dalam pertemuan santai itu, mereka juga telah memaklumkan kepada Saudara Khairy sebab dan punca mengapa mereka menyalurkan sokongan kepada PR sebelum ini, dimana semua janji-janji manis yang dibuat oleh PR sebelum ini dilihat sungguh indah dan menyebabkan mereka tidak lagi menaruh harapan kepada Barisan nasional.

Namun, setelah diberi kesempatan untuk berkhidmat kepada rakyat ternyataa segala janji dan harapaan tersebut tidak dapat ditunaikan, malahan lebih teruk daripada pencapaian yang ditunjukkan oleh kerajaan Barisan Nasional.


Pendekatan yang lebih santai ini memberi peluang kepada rakyat untuk menyuarakan pandangan mereka


Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh DS Najib mampu untuk merapatkan hubungan dan perpaduan rakyat berbilang kaum

Sokongan daripada golongan muda juga telah kembali kepada Barisan Nasional

Semua sepakat menerima konsep 1Malaysia

Sidang akhbar bersama wartawan yang hadir

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin