Saturday, June 13, 2009

AHLI PARLIMEN REMBAU BALIK KAMPUNG BERTEMU RAKYAT

Oleh: Rizuan
Gambar: Amir / Ijan


13 Jun 2009 - Pada hari ini, YB Khairy berkesempatan meluangkan masanya di kawasan untuk menghadiri jemputan program dan pulang ke kampung halamannya, Kampung Gadong untuk bertemu sahabat handai di sana serta menjengah kawasan-kasasan yang terlibat dengan projek pembangunan yang sedang rancak berlaku.

Jam 3.00 petang, beliau telah turun di Balai Raya Kampung Bongek untuk merasmikan mesyuarat agung Persatuan Kebajikan dan Permuafakatan Kg. Bongek Acheh Baru. Persatuan ini merupakan sebuah persatuan kampung yang agak aktif dalam melaksanakan aktiviti kemasyarakatan dan menjaga kebajikan para ahlinya terutamanya berkaitan hal kematian dan majlis kenduri kendara.

Dalam majlis tersebut, YB Khairy mengucapkan tahniah kepada semua ahli persatuan kerana menjadi pelengkap kepada JKKK dan UMNO dalam menjaga hal ehwal orang kampung. Mengulas permohonan yang dibangkitkan, beliau menyatakan banyak permohonan seperti menaiktaraf jalan kampung dan perparitan diselesaikan dengan baik oleh kerajaan Barisan Nasional, namun apabila melibatkan pelebaran jalan, kerjasama dan tolak ansur pemilik tanah yang berkaitan adalah penting sekiranya projek tersebut ingin dijalankan.

Dalam majlis tersebut, YB Khairy juga bermurah hati untuk menyumbangkan sejumlah RM2,000 untuk persatuan untuk melaksanakan program-program yang bersesuaian demi kebaikan dan kebajikan masyarakat semua.

Pengerusi Majlis mengucapkan ribuan penghargaan di atas kesudian Sdr. Khairy meluangkan masa untuk hadir ke Mesyuarat Agung Persatuan Kebajikan dan Permuafakatan Kg. Bongek Acheh Baru

Dari Kanan: Haji Hamdan, Imam Masjid Kg. Bongek, Tn. Hj. Harun Bin Ujang, Pengerus PKP Kg. Bongek Acheh Baru, Sdr. Khairy, Tn. Hj. Ramli Bin Ahmad, Ketua UMNO Cawangan Kg. Bongek dan Sdr. Faizal Zainal Abidin, Ketua Pemuda

Antara ahli yang terdiri daripada kaum ibu yang hadir

Tn. Haji Anuar Bin Muhammad, Wakil Khas Ahli Parlimen Rembau turut hadir bersama ahli-ahli persatuan yang lain

Sdr. Khairy mengucapkan terima kasih di atas jemputan, dan beliau difahamkan mesyuarat dwi tahunan sebelum ini dirasmikan oleh Y.Bhg. dato' Firdaus, Bekas Ahli Parlimen Rembau

Mesyuarat kali ini dirasmikan oleh YB. Ahli Parlimen Rembau yang baru

Sdr. Khairy mengajap semua masyrakat menghayati 1Malaysia yang menekankan agar Wakil Rakyat BN mendampingi rakyat dan menyelesaikan masalah mereka, bukan sekadar bersama rakyat tanpa apa-apa sumbangan yang bermanfaat untuk mereka

Menjawab soalan yang dikemukakan oleh wartawan Sinar Harian, Puan Azura


Jam 4.30 petang - Lawatan ke Bilik Gerakan Perkumpulan Wanita Pekebun Kecil Kg. Gadong pada kali ini adalah untuk meninjau sendiri perkembangan dan produk-produk kraftangan yang dihasilkan oleh ahli-ahli persatuan.

Untuk memajukan lagi industri ini, Sdr. Khairy telah mendapatkan peruntukan berjumlah RM20,ooo untuk membina ruang pameran yang akan dibina minggu hadapan serta menyumbangkan RM5,000 untuk tabung persatuan dan RM5,000 untuk membeli mesin dan peralatan.

Sdr. Khairy juga turut dimaklumkan kejayaan salah seorang peserta memasarkan produk kraftangan ini ke Pasaraya Mydin, yang menjamin permintaan berterusan untuk produk yang mereka hasilkan.

Beramah mesra dengan ahli-ahli yang sempat hadir, dan kanan sekali adalah Cik Maimon Pengerusi PWPK Kg. Gadong merangkap Ketua wanita UMNO Cawangan Kg. Gadong

Santai: para ahli dilihat lebih selesa mengutarakan padangan masing-masing dalam program seperti ini

Cik Maimon menerangkan perancangan PWPK Kg. Gadong dan aktiviti pemasaran yang telah dilaksanakan

Antara produk kraftangan yang sentiada mendapat tempat di hati pelanggan

Induk menerangkan proses pembuatan tudung saji ini dan tempoh masa untuk menyiapkan sesuatu produk

Sdr. Khairy tertarik dengan kreativiti penduduk kampung dalam menghasilkan produk yang bermutu dan berkualiti

Diharapkan agar PWPK Kg. Gadong boleh maju selangkah lagi dengan meramaikan ahli dan menghasilkan lebih banyak produk untuk meningkatkan taraf ekonomi penduduk sekitar


5.15 petang - Minum petang di rumah Tn. Haji Abdul Rahman Bin Che Teh, Ketua Kampung Gadong (Pengerusi JKKK).

Ronda-ronda kampung dengan membonceng motosikal merupakan tradisi kepada Sdr. Khairy apabila pulang ke Kampung Gadong, dambil melihat perkembangan yang berlaku di sana (Note: Penduduk berterima kasih kerana jalan raya yang rosak sudah baru diturap)

Tn. Haji Hassan (kanan) dan Sdr. Ghafar (kiri) antara AJK JKKK Kg. Gadong yang banyak memberi sumbangan kepada penduduk

Sdr. Shaharizan (Ijan) antara pegawai Parlimen Rembau yang disenangi oleh masyarakat sekitar

Mendengar ucapan ringkas dari tuan rumah

Program seperti ini memberi peluang kepada Sdr. Khairy mendengar aduan dan permasalahan yang berlaku di kampungnya, serta pelaksanaan progran yang sedang dijalankan

Sdr. Ghafar ketawa kecil apabila diusik oleh Pak Tea (Roslin - membelakangi kamera)

Hidangan macaroni ala Kampung Gadong yang disediakan oleh isteri Ketua Kampung

Antara kaum ibu yang turut hadir ke rumah Haji Abdul Rahman


6.15 petang - Sebelum pulang, Sdr. Khairy melihat sendiri perkembang projek landasan berkembar yang turut melibatkan pengambilan tanah penduduk kampung. Sebelum ini, terdapat banyak rungutan apabila 30 buah keluarga di Kg. Jawa yang terletak di bawah JKKK Kg. Gadong terpaksa dipindahkan bagi memberi ruang kepada projek menaiktaraf jalan raya yang berkaitan dengan projek landasan ini dijalankan, namun di atas kebijaksanaan Sdr. Khairy dan YB Dato' Awaluddin Said, ADUN Kota, hanya 3 buah keluarga sahaja yang perlu dipindahkan.

Menurut Sdr. Khairy, 2 buah rumah pusaka milik ahli keluarganya juga terpaksa diroboh dan dipindahkan bagi memberi laluan kepada pembinaan landasan berkembar ini

Rumah Cik Maimon, Ketua Wanita UMNO Cawangan Gadong antara rumah yang terpaksa dirobohkan dan menerima pampasan sewajarnya daripada pihak Kerajaan

Bersama salah seorang anak pemilik rumah, iaitu jiran kepada Cik Maimon yang akan berpindah apabila selesai semua urusan dan menerima pampasan daripada pihak Kerajaan.

Sdr. Khairy memaklumkan bahawa Kerajaan juga menyediakan ruang kepada keluarga yang terlibat untuk mengutarakan pandangan mereka berkaitan jumlah pampasan dengan melantik jurunilai bebas yang kosnya akan ditanggung oleh pihak kerajaan dan mencadangkan jumlah yang sewajarnya semasa Bicara Tanah yang dikendalikan oleh Pejabat Tanah dan Galian Negeri Sembilan

Cik Maimon antara pemilik tanah yang berpuas hati dengan jumlah yang ditawarkan setelah melantik jurunilai bebas dan peguam untuk mengemukakan jumlah yang sewajarnya

Sdr. Khairy mengucapkan terima kasih kepada keluarga ini kerana memahami situasi yang berlaku dan bersedia menerima projek pembangunan yang baik untuk semua

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin