Friday, November 7, 2008

ADAKAH PERWAKILAN BERSAMA KHAIRY?

Oleh: Nurul

Esok, 8 November 2008 akan menjadi penentu sama ada Sdr. Khairy Jamaluddin Abu Bakar diberi mandat oleh ahli-ahli pemuda di Bahagian Rembau untuk menjadi Ketua Pergerakan UMNO Malaysia.

Setelah 4 tahun beliau membawa nama Pemuda Rembau sejak ia mula ditubuhkan kembali pada tahun 2004, banyak perubahan-perubahan yang telah berlaku serta banyak aktiviti-aktiviti untuk golongan muda telah dilaksanakan.

Sokongan yang kuat daripada Bahagian Rembau terutamanya YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan merangkap Ketua UMNO Bahagian Rembau telah banyak membantu pergerakan pemuda ini yang sebenarnya baru setahun jagung ditubuhkan.

Agenda yang paling besar adalah untuk menyusun kembali gabungan kumpulan pemuda yang berasal dari 4 bahagian yang berlainan. Dan penggal pertama pergerakan ini telah digunakan untuk menyusun kembali ahli-ahli yang belum mengenali antara satu sama lain. Sudah pasti banyak cabaran yang telah ditempuhi, namun nama-nama seperti YB Zaifulbahri, Cikgu Azini, Ghafar, Shahrul (Aboy), Zulkarnain dan sahabat-sahabat rapat yang lain telah banyak membantu memulihkan kembali keadaan yang sering kali diganggu-gugat.

Semoga hari esok akan membawa erti yang lebih baik untuk Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Rembau. Selamat Maju Jaya.

Berita Lain:

http://www.senapang-patah.blogspot.com

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin