16 Julai 2009, SMK Mambau - Sempena Program Hari Perpaduan SMK Mambau yang bertemakan konsep 1Malaysia, Saudara Khairy dijemput untuk menyampaikan motivasi dan ceramah perpaduan kepada 1000 orang pelajar di sekolah tersebut sementara menunggu ketibaan YAB Dato' Seri Utama Hj. Mohamad Bin Hj. Hasan, Menteri Besar Negeris Sembilan.
Berdasarkan komposisi kaum yang agak seimbang di sekolah itu, Saudara Khairy menekankan betapa pentingnya pemupukan semangat perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia, terutamanya di peringkat sekolah lagi.
Kecemerlangan yang dicapai tidak akan membawa apa-apa makna sekiranya negara ini kacau bilau akibat daripada krisis perpaduan. Konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri merupakan satu konsep mudah untuk membina perpaduan dengan mengenepikan soal prejudis dan sangkaan buruk yang tidak sihat.
Menurutnya, negara ini tidak akan maju dan berkembang jika hanya satu-satu kaum sahaja yang berjaya, tetapi perubahan hanya boleh berlaku sekiranya semua kaum di Malaysia bersatu dan sama-sama mencipta kejayaan. Kita harus cuba cari kesepakatan, dan mungkin kita boleh mulakan dengan perkara yang mudah seperti makanan, muzik dan pakaian.
Beliau juga menggalakkan para pelajar untuk membentuk kumpulan-kumpulan kecil yang terdiri daripada pelajar India, Cina dan Melayu atau etnik minoriti yang lain untuk sama-sama mengulangkaji pelajaran.
Saudara Khairy menyarankan agar para pelajar serius mengulangkaji pelajaran bersama-sama dan membentuk kumpulan kecil yang pelbagai kaum
Dari kanan: Sdr. Kenet, Sdr. Nazmi (Ketua Penerangan Pemuda) dan Sdr. Safrul (Nain Ketua Pemuda Rembau) turut hadir