Gambar: Rizal

MUHYIDDIN bertanya sesuatu kepada pelajar ketika melawat SMK Senawang dan SMK Senawang 3, Senawang, semalam. Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan (kiri), Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaludin (dua dari kiri) dan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom. (Sumber: Berita Harian Online)
21 Julai 2009, SMK Senawang dan SMK Senawang 3 - Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin telah meluangkan masa turun ke kawasan Parlimen Rembau di SMK Senawang dan SMK Senawang 3 sempena siri lawatan beliau ke Negeri Sembilan semalam.
Ketibaan beliau di sekolah tersebut pada jam 5.30 petang bersama YAB Menteri Besar Negeri Sembilan disambut oleh Sdr. Khairy Jamaluddin, Ahli Parlimen Rembau serta para Pengetua, guru-guru, PIBG serta pelajar.
Kehadiran beliau di sana adalah untuk melihat sendiri keadaan infrastruktur pembelajaran dan ko-kurikulum sekolah tersebut, yang merupakan 'sekolah tumpang' kepada SMK Senawang 3. Beliau akan memastikan pembinaan bangunan baru SMK Senawang 3 di Forest Height untuk dipercepatkan bagi memberikan keselesaan pembelajaran kepada pelajar dan guru.
Pada sesi lawatan tersebut, YAB Perdana Menteri telah menyatakan untuk menurunkan peruntukan sebanyak RM200,000 untuk sekolah tersebut bagi membaikpulih padang dan membeli peralatan sukan.

Gambar Sekitar Majlis Tersebut