Friday, December 25, 2009

12 DECEMBER 2009 – PERTANDINGAN KARAOKE PIALA YB KHAIRY JAMALUDDIN ANJURAN PERSATUAN MURID-MURID TUA YUH HUA REMBAU

Oleh : Tee Chin Shen

Gambar : Tan Choon Ming

Pertandingan Karaoke Piala YB Khairy Jamaluddin telah berjaya dianjurkan oleh Persatuan Murid-Murid Tua Yuh Hua Rembau di Pekan Rembau, Pertandingan bagi kali pertama ini, adalah usaha daripada Persatuan Murid-Murid Tua Yuh Hua Rembau dengan sokongan daripada YB Khairy Jamaluddin.


Penganjur telah berjaya menarik lebih daripada 400 orang untuk menyaksi Pertandingan akhir, terdapat 65 orang peserta menyertai pertanding kali ini, diantara yang hadir termasuk, Wakil kepada Ahli Parlimen Rembau, Sdr Tee Chin Shen, Pengerusi Gabungan Persatuan Murid-Murid Tua Negeri Sembilan, En. Lee Kok Fui, Timbalan Pengerusi Dewan Perhimpunan Besar Negeri Sembilan, En. Chew See Yang, Pengerusi Majlis , En Lee Hock Lim, Ketua MCA Cawangan Rembau, En. Lee Ban Kiat dan Bendahari MCA Bahagian Rembau, JP Gan Eng Kok.


Dalam ucapan Pengerusi Majlis, En. Lee Hock Lim memuji perkhidmatan yang diberi oleh YB Khairy Jamaluddin adalah terbaik sejak beliau berdaftar sebagai pengundi, beliau berpendapat YB Khairy Jamaluddin telah menunjukan bahawa beliau adalah seorang pemimpin yang berfikiran terbuka dan bersedia berdepan dengan rakyat. Sejak YB Khairy Jamaluddin menjawat jawatan Ahli Parlimen Rembau, beliau sentiasa memberi prihatinan kepada rakyat, tambahan memberi bantuan kepada Pertubuhan bagi menganjurkan aktiviti yang membawa faedah kepada rakyat. Beliau berharap agar YB Khairy Jamaluddin akan terus berkhidmat di kawasan Parlimen Rembau, dan beliau berjanji akan memberi sokongan yang sepenuhnya kepada YB Khairy Jamaluddin.


LAPORAN BERGAMBAR


C:\Users\PKM Rembau 2\Pictures\yh5.jpg


Upacara Perasmian Pertandingan Karaoke.



C:\Users\PKM Rembau 2\Pictures\yh4.jpg


Sdr. Tee menerima cenderahati daripada Penganjur bagi pihak YB Khairy Jamaludin.


C:\Users\PKM Rembau 2\Pictures\yh3.jpg


Suasana meriah Majilis dengn kehadiran ramai tetamu pada malam tersebut



C:\Users\PKM Rembau 2\Pictures\yh6.jpg


Suasana meriah Majlis


C:\Users\PKM Rembau 2\Pictures\yh2.jpg


Pemenang-pemenang saguhati turut diberi piala dan hadiah.



C:\Users\PKM Rembau 2\Pictures\yh9.jpg

Sdr Tee menyampai Piala YB Khairy Jamaluddin kepada Pemenang.

Thursday, December 24, 2009

11 DISEMBER 2009 - SESI PENERANGAN PROJEK K-MASJID OLEH MIMOS BERHAD

Oleh: Rizuan

Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Rembau - Sebagai satu langkah untuk mendekatkan jurang digital di kawasan luar bandar dan memanfaatkan kemudahan teknologi maklumat di masjid, Sdr. Khairy telah berjaya mendapatkan peruntukan dari Kementerian Sains Teknologi Dan Inovasi (MOSTI) bagi melengkapkan Masjid Jamek An-Nur Pekan Rembau dengan kemudahan K-Masjid.

Dalam sesi tersebut, Pn. Muriani dari MIMOS Bhd., selaku penyelaras projek ini bagi pihak MOSTI memaklumkan bahawa Masjid tersebut akan dilengkapi dengan sebuah pusat pembelajaran komputer, alat bantuan khutbat (skrin dan projektor) serta papan hebahan maklumat elektronik.

Projek ini dijangka akan dimulakan secara rasmi pada penghujung Januari 2010, dan pembiayaan bagi kelas komputer akan tamat pada tahun 2012. Pihak MIMOS juga menasihatkan agar pihak Masjid selaku penggerak program ini dapat mencari langkah persediaan untuk mencari sumber kewangan sendiri terutamanya selepas tempoh penajaan tersebut tamat.

Dalam ada itu, Sdr. Khairy dalam ucapan ringkasnya sebelum ke Mesyuarat Barisan Nasional Bahagian Rembau mengucapkan terima kasih kepada pihak MOSTI dan MIMOS kerana telah memilih Parlimen Rembau sebagai projek pertama K-Masjid di Zon Selatan Semenanjung Malaysia. Beliau juga mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh AJK Masjid An-Nur dan berharap agar projek ini dapat dimanfaatkan dengan baik demi kemajuan penduduk di Parlimen Rembau.


Sdr. Khairy dan AJK Masjid An-Nur sedang mendengar taklimat daripada Pn. Muriani

Pn. Muriani melawat Masjid An-Nur bersama dengan Mejar (B) Tn. Hj. Bahaman, Setiausaha Masjid (kiri) dan AJK Masjid

Melihat bilik kawalan sambil diberi penerangan oleh En. Nazar, Bilal Masjid

Melawat bilik yang boleh digunakan sebagai Pusat IT

Dewan pembelajaran terbuka yang digunakan sebagai pusat tuisyen

11 DISEMBER 2009 - SOLAT JUMAAT DAN MAKAN TENGAH HARI DI MASJID CHENGKAU ULU

Oleh: Adhira

Kg. Chengkau Ulu - Sdr. Khairy Jamaluddin telah melapaangkan masanya untuk turun ke kawasan Parlimen Rembau bagi menunaikan solat jumaat bersama dengan para penduduk di sana. Bagi beliau, rutin bersembahyang bersama-sama dengan rakyat di kawasannya adalah adalah satu pendekatan yang memudahkan mereka yang tidak berkesempatan untuk ke Pusat Khidmat Parlimen Rembau untuk bertemu dengannya.

Dalam program kali ini, beliau meluangkan masa untuk bersama-sama penduduk di Chengkau Ulu yang menjemput beliau sebagai tanda terima kasih di atas sumbangan lembu korban yang disumbangkan semasa Hari Raya Korban yang lalu, dimana Saudara Khairy tidak dapat bersama-sama mereka kerana menunaikan urusan Haji di Mekah.

Berikut adalah gambar-gambar Sdr. Khairy bersama AJK Masjid dan penduduk Kampung Chengkau Ulu.













Blog Widget by LinkWithin