Wednesday, November 26, 2008

SK PEDAS TERBAIK UPSR 2008 DAERAH REMBAU

oleh: Shaharizan

Rembau News dan Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Rembau ingin mengucapkan tahniah kepada SK Pedas kerana telah mendapat keputusan yang cemerlang dan diiktiraf sebagai Sekolah Cemerlang UPSR 2008. Seramai 26 pelajar telah mancapai keputusan 5A dan merupakan pencapaian terbaik sekolah tersebut setakat ini.

Majlis Kesyukuran dan Meraikan Kecemerlangan UPSR 2008 sekolah tersebut telah diadakan pada 25 Nov 2008 yang lalu. YB Khairy Jamaluddin yang diwakili oleh ADUN Chembong, YB Zaifulbahri dalam majlis tersebut mengucapkan tahniah di atas usaha dan dedikasi yang diberikan oleh para guru yang terlibat dan kesungguhan yang telah ditunjukkan oleh para pelajar untuk mencapai kejayaan tersebut.


Sebagai insentif tambahan, YB Khairy telah memberikan sumbangan sebanyak RM2000.00 dan mengajak sekolah-sekolah yang lain berusaha untuk mencipta lebih banyak kecemerlangan pada tahun-tahun yang akan datang.

Berdasarkan keputusan UPSR 2008 dalam Parlimen Rembau, seramai 440 orang pelajar telah mencapai kejayaan 5A ke atas. Sebagai tanda penghargaan kepada para pelajar dan ibu bapa mereka, YB Khairy telah merancang untuk mengadakan Majlis Kecemerlangan UPSR Peringkat Parlimen Rembau pada bulan hadapan.

Tahniah dari kami...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin