Friday, March 19, 2010

9 MAC 2010: MAJLIS PENYAMPAIAN PERUNTUKAN PARLIMEN REMBAU DAN PERASMIAN PUSAT SEHENTI AGRO

Oleh: Rizuan

Majlis Penyampaian Peruntukan Parlimen Rembau ini diadakan adalah bertujuan untuk menyerahkan bantuan daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang dilaksanakan melalui cadangan Ahli Parlimen Rembau.

Sebagai salah sebuah agensi kerajaan yang dipertanggungjawabkan, seramai 6 orang peserta telah menerima bantuan pertanian mereka melalui Pertubuhan Peladang Kawasan Rembau yang turut mewujudkan sebuah Pusat Sehenti Agro bagi memudahkan urusan golongan penternak, petani dan nelayan untuk mendapatkan meklumat berkenaan kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan Barisan Nasional.

Sdr. Khairy dalam ucapannya menasihatkan agar para penerima bantuan mengusahakan perniagaan asas tani mereka dengan bersungguh-sungguh dan mensasarkan kemajuan yang lebih baik dari tahun ke tahun. Selain itu, beliau turut memuji langkah PPK Rembau mewujudkan Pusat Info Agro yang boleh memudahkan pelbagai pihak mendapat maklumat dan borang permohonan dari pelbagai agensi berkaitan di bawah satu bumbung.

Dari Kanan: Pn. Rahilah, Dato' Awaludin, Sdr. khairy, Tuan Zaifulbahri, En. Yusof Ghawa dan Imam Masjid Kg. Batu

Antara yang hadir di majlis tersebut

Sdr. Khairy menyampaikan ucapan beliau

Simbolik perasmian dengan menandatangai plat perasmian di Pusat Sehenti Agro, PPK Rembau

Dibuak secara rasminya pada 9 mac 2010, Tahniah diucapkan!

Menyampaikan sijil bantuan kepada penanam cili di Kg. Gadong

Menyampaaikan bantuan kepada pengusaha tanaman limau purut

Melihat peralatan yang diterima oleh para pengusaha

Bergambar bersama para penerima bantuan

Bergambar di hadapan Pusat Sehenti Agro, di bangunan Pertubuhan Peladang Kawasan Rembau

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin