Gambar: Azman
Bertemapt di Institut Latihan Perindustrian Pedas, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Rembau telah menganjurkan sebuah Kursus Pra-Perkahwinan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Sembilan. Program tersebut telah berlangsung selama 2 hari dan dihadiri oleh seramai 130 orang peserta.
Idea asal program ini adalah cetusan program Kursus Pra Perkahwinan anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jempol. Menurut Sdr. Khairy, beliau tertarik dengan idea tersebut kerana kursus ini merupakan salah satu program yang benar-benar dekat dengan hati golongan muda terutamanya mereka yang sedang mempersiapkan diri ke alam rumah tangga.
Selain itu, beliau turut menasihati peserta yanag hadir supaya serius dalam membian sebuah keluarga agar tidak terjadi sebaranag masalah di masa hadapan. dalam jenaka, beliau turut berkongsi pengalaman alam rumahtangganya dengan puan Nori Abdullah, yang kini sudah dikurniakan dengan 2 orang cahayamata.
Setelah selesai merasmikan program Kursus Pra-Perkahwinan, Sdr. Khairy sempat singgah sebentar di Kg. Kundur Hulu dimana Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan telah menganjurkan Kejohanan Juara Gelanggang Futsal Tertutup DUN Chembong.