Sunday, March 21, 2010

19 MAC 2010: MERASMIKAN MAJLIS AGAMA CERAMAH MAULIDUR RASUL DI KG. TOK DAGANG, PAROI

Oleh: Azman

Sempena sambutan Maulidur Rasul yang disambut di seluruh negara, Kg. Tok Dagang turut mengadakan Majlis Ceramah Maulidur Rasul sempena memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. yang merupakan salah satu daripada hari penting kepada umat Islam.

Dalam ucapan beliau, Sdr. Khairy turut mengajak jemaah yang hadir untuk sama-sama menghayati sejarah perjuangan Rasulullah, dan mengambil ikhtibar daripada usaha Rasulullah menyebarkan syiar Islam.

Majlis tersebut turut diserikan dengan nasyid Asma Ul-Husna yang didendangkan oleh kanak-kanak tabika serta ceramah daripada penceramah jemputan.


Antara yaang hadir di majlis tersebut

Dendangan nasyid dari kanak-kanak tabika

Ucapan En. Mohd Ali Bin Majid, Ketua UMNO Cawangan Tok Dagang

Ucapan Sdr. Khairy Jamaluddin

Penceramah Agama yang dijemput khas dari Melaka

Ketua Puteri UMNO Bahagian Rembau turut hadir

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin