Wednesday, March 3, 2010

28 FEBUARI 2010: SAMBUTAN CHAP GOH MEH DI REMBAU DISAMBUT MERIAH OLEH SEMUA KAUM

Oleh: Tee Chin Shen
Gambar: Takim


Sebagai penutup tirai kepada Sambutan Tahu Baru Cina, satu Majlis Sambutan Chap Goh Meh telah diadakan di Pekan Rembau yang dianjurkan secara bersama oleh Persatuan Saudagar-Saudagar Cina Pekan Rembau, Kelab Rekreasi dan Sukan UI Rembau dan Persatuan Murid-Murid Tua dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Rembau.

Majlis tersebut telah dirasmikan pembukaannya paada 28 Febuari 2010 oleh Sdr. Khairy Jamaluddin dan dan ditutup secara rasmi pada 1 April 2010 oleh YAB Dato' Seri Utama Hj. Mohamad Bin Hj. Hasan. Turut hadir di sepanjang majlis tersebut adalah ADUN Kota, ADUN chembong serta Pegawai Daerah Rembau.

Seramai lebih 4000 orang penduduk sekitar yaang terdiri dari segenap lapisan kaum dan umur telah menghadiri majlis sambutan yang julung-julung kali diadakan selama 2 hari ini.


Sdr. Khairy menyampaikaan hamper kepada warga emas

YB Tuan zaifulbahri, ADUN Chembong turut enyampaikan hamper kepada warga emas yang hadir

Persembahan tarian singa yaang mencuit hati penonton

Ucapan Sdr. Khairy yaang mengajak semua masyarakat untuk lebih menghargai budaya antara satu sama lain bagi mengekalkan keharmonian antara kaum dan agama

Acara mengaul Lok Sang sebagai simbolik keakraban dan perpaduan pelbagai bangsa

Pertunjukan tukar muka yang menghiburkan

Persembahan tarian masyarakat cina oleh kumpulan Rembau Health Dance

Persembahan tarian poco-poco oleh kumpulan Rembau Health Dance

Persembahan tarian masyarakat India oleh kumpulan Rembau Health Dance

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin