Gambar: Shaharizan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Rembau dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Rembau telah mengadakan satu kejohanan takraw tertutup peringkat Parlimen Rembau bagi merebut Piala Ahli Parlimen dan Wang Tunai RM1000. Sebanyak 64 pasukan telah menyertai kejohanan tersebut, dan dibantu oleh seramai 17 orang pengadil bagi memastikan perlawanan berlangsung degan lancar.
Kejohanan tersebut telah dirasmikan penutupannya oleh YAB Dato' Seri Utama Hj. Mohamad Bin Hj. Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan merangkap Ketua UMNO Bahagiaan Rembau. Dalam ucapannya, beliau amat menyokong penganjuran lebih banyak aktiviti untuk golongan muda bagi mendekatkan UMNO dan Barisan Nasional dengan generasi baru.
Sebelum itu, dalam ucapan Sdr. Khairy, beliau memaklumkan bahawa Pemuda UMNO Bahagian Rembau akan mempelbagaikan lagi aktiviti untuk golongan muda, dan mensasarkan penambahan ahli yang ramai sebagai tanda bahawa golongaan muda telah mula membuka ruang untuk menerima UMNO sebagai sebuaah parti yang benar-benar ikhlas berjuang demi agama, bangsa dan negara.
Sebelum pulang, Sdr. Khairy telah singgah di rumah salah seorang kakitaangannya di Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Rembau, Sdr. Tee Chin Shen, bagi meraikan sambutan Tahun Baru Cina yang diraikaan pada hari yang sama.