Friday, March 12, 2010

5 Mac 2010 - LAWATAN KERJA KHAIRY BERSAMA EXCO KERAJAAN NEGERI SEMBILAN UNTUK PROJEK JALAN GADONG - BONGEK

Oleh: Rizuan

10.00 pagi - Sdr. Khairy dan YB Dato' Haji Ismail Bin Lasim, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kerja Raya dan Pembangunan Usahawan telah mengadakan satu lawatan mengejut untuk melibat perkembangan projek jalan negeri dari Gadong ke Bongek, yang merupakan sebahagian daripada pakej Projek Landasan Keretapi Berkembar.

Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk melihat sendiri beberapa aduan yang telah dibuat oleh penduduk kampung sebelum mengambil tindakan susulan. Sebelum ini, pihak Kerajaan juga telah mengambil pendekatan mendengar rintihan rakyat di Kg. Gadong yang disampaikan melalui Sdr. Khairy dan Dato' Awaludin, ADUN Kota berkaitan pengambilan tanah dan rumah mereka untuk membesarkan jalan tersebut, dan pendekatan bijaksana telah diambil dengan mengalihkan laluan tersebut ke laluan yang lain bagi mengekalkan rumah penduduk.

Namun, jajaran baru jalan tersebut telah menimbulkan sedikit isu kecil apabila terdapat 30 buah kubur lama yang terpaksa dialihkan bagi memberi laluan kepada projek ini. Dan kata sepakat telah diambil melalui pertemuan ini dimana pihak Kerajaaan akan sedaya upaya mencari laluan terbaik baagi meminimakan impak pembangunan kepada rakyat.

Pihak JKR memberi penerangan ringkas berkaitan projek jalan ini kepada Dato' Ismail Lasim dan Sdr. Khairy. Turut hadir ialah Tn. Hj. Baharudin, Pengarah Pembangunan Negeri Sembilan

Dato' Awaludin Said, ADUN Kota bersama pegawai-pegawai JKR Daerah Rembau turut serta dalam lawatan ini.

Pihak konsultan menjawab beberapa persoalan yaang ditimbulkan semasa lawatan

Jambatan ini akan digantikan dengan jejambat untuk penunggang motosikal dan pejalan kaki

Sdr. Khairy turut memberikan maklumbalas terhadap permohonan penduduk kampungnya terhadap pelaksanaan projek landasan berkembar ini

Antara yang hadir dalam laawatan

Sdr. Khairy melihat tapak baru jambatan yaang sedang dalam pembinaan bagi menggantikan jambatan sedia ada

Sdr. Khairy sentiasa mengambil maaklum tentang keperluan penduduk di dalam kawasannya

Ini adalah beberapa kubur lama yang berada dalam jajaran jalan yang baru

Pihak konsultan akan cuba mencari penyelesaian terbaik dalam isu yang timbul pada kali ini

Dato' Ismail menjawab beberapa soalan daripada Siti dari Sinar Harian

JKKK Kg. Gadong dan beberapaa penduduk kampung turut diberikan peluang untuk bertanyakan soalan

11.30 pagi - Sdr. Khairy meneruskan tugasannya pada hari itu dengan meluangkan maasa untuk bertemu rakyat di dalam kawasannya yaang memerlukan bantuan, serta mendengar aduan rakyat serta permohonan mereka.

Mendengar dan memberikan penadangan

Prihatin terhadap permohonan rakyat

Menyampaikan sumbangan peribadi kepada mereka yang benar-benar memerlukan

Rakyat boleh bertemu dan berbincang dalam keadaan yang tenang dan selesa

1.00 tengah hari - Selepas menunaikan Solat Jumaat di Masjid Kg. Bongek, Sdr. Khairy dijemput oleh Dato' Yusof, Ketua UMNO Cawangan Seri Layang Jaya untuk menikmati jamuan makan tengah hari di rumahnya.

Perbincangan antara dua orang wakil rakyat berkaitan maklum balas lawatan mereka

Sdr. Nazmi, Ketua Penenrangan Pemuda UMNO Bahagian Rembau turut hadir

Bergambar kenang-kenangan

Sdr. Khairy turut singgah ke Bengkel Pemprosesan Makanan yang baru diwujudkan melalui bantuan Jabatan Pertanian

Dato' Yusof memaklumkan bahawa usaha ini dilaksanakan bagi membantu golongan wanita menambahkan hasil pendapatan keluarga

Sdr. Khairy melihat produk karipap segera yang telah dipaketkan

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin