Saturday, March 20, 2010

11 MAC 2010: SDR. KHAIRY MERASMIKAN PROGRAM BERKELOMPOK PERKHEMAHAN JATI DIRI MURID TAHUN 6

Oleh: Nurul

Berlangsung di Pusat Rekreasi Gunung Datuk, Sdr. Khairy telah dijemput untuk merasmikan penutupan Program Berkelompok Perkhemahan jati Diri Murid Tahun 6, yang dihadiri seramai 148 orang pelajar dan diiringi oleh 67 orang guru. Program ini menggabungkan 6 buah sekolah iaitu SK Kampung Batu, SK Kampung Tanjung, SK Salak Nama, SK Kota, SK Bongek dan SK Astana Raja.

Program ini diadakan adalah bertujuan untuk memberikan persiapan kepada calon-calon UPSR ini tentang semangat setiakawan dan kerjasama di antara bakal calon, terutamanya tentang konsep belajar secara berkumpulan dan perkongsian ilmu.

dalam ucapan beliau, Sdr. Khairy mengucapkan tahniah di atas kejayaan terkini yang dicapai oleh setiap sekolah dalam peperiksaan UPSR 2009 yang lalu, dimana secara keseluruhannya semua sekolah mencatat keputusan yang baik berbanding tahun sebelumnya.

Beliau juga melontarkan cabaran kepada para murid tahun 6 yang terlibat dalam program ini supaya berusaha mencatatkan keputusan yang lebih baik lagi, dan bersedia memberikan kerjasama dalam program-program seterusnya.


Tahniah kepada para guru dan pelajar yang terlibat

Sdr. Khairy menyampaikan ucapan beliau

Cikgu Roslan dari SK Kg. baru dan Cikgu Azini dari SK Salak Nama antara guru yang gigih membantu menaikkan prestasi pelajar

Kami Boleh !!! Itulah laungan anak-anak ini menyahut cabaran Sdr. Khairy

Menyampaikan sijil kepada para peserta

Menyampaikan hadiah bagi pertandingan yang dianjurkan

Sdr. Khairy melawat tapak perkhemahan pelajar lelaki

Bertanyakan pengalaman mereka bermalam di dalam hutan

Melawat tapak perkhemahan pelajar perempuan

Bertanyakan perbezaan tidur di lantai hutan dengan di atas tilam empuk di rumah

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin