Friday, October 30, 2009

KHAIRY MEMPENGERUSIKAN MAJLIS PEMBANGUNAN PERTANIAN PARLIMEN REMBAU DAN MELAWAT MANGSA BANJIR DI TAMAN LILY

Oleh: Rizuan
Gambar: Adhira PSU


29 Oktober 2009, PPK Rembau - Sdr. Khairy telah mempengerusikan Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Rembau (MPPPR) yang digerakkan di bawah Kementerian Pertanian dan Indsutri Asas Tani. Mesyuarat tersebut berlangsung di Bilik Mesyuarat Pertubuhan Peladang Kawasan Rembau, yang telah diamanahkan oleh pihak Kementerian sebagai agensi pelaksana bagi projek-projek pembangunan pertanian yang akan dilaksanakan.

Dalam majlis tersebut, Sdr. Khairy mengucapkan terima kasih di atas kehadiran ahli-ahli majlis yang berkesempatan hadir, yang turut dibarisi oleh ADUN Barisan Nasional dalam kawasan Parlimen Rembau.

Dalam ucapan pembukaan, Sdr. Khairy tutut memaklumkan komitmen Kementerian Pertaniuan di bawah Kerajaan barisan nasional, yang komited untuk membantu rakyat dimana sehingga hari ini sebanyak RM400ribu telah diturunkan di Parlimen Rembau. RM300ribu sedang dalam proses pelaksanaan kepada mereka yang telah memohon sebelum ini, yang terdiri daripada projek jeti nelayan, infrastruktur pertanian dan projek-projek kecil penduduk kampung.

Baki RM100ribu yang masih belum dibelanjakan akan dilaksanakan di bawah MPPPR berdasarkan cadangan ahli mesyuarat dan permohonan yang diterima oleh ADUN dan Ahli Parlimen, dan perlu dibelanjakan dalam tahun semasa.


Sdr. khairy mempengerusikan MPPPR Bil. 1, Tahun 2009

Pn. Rahilah, Pengurus Besar PPK Rembau menerangkan konsep penubuhan MPPP serta peranan ahli mesyuarat

Dato' Firdaus, Setiausahah Politik Menteri Besar (kanan) dan Dato' Awaludin, ADUN Kota hadir di dalam mesyuarat semalam

Sdr. Khairy berharap agar penubuhan MPPPR ini akan dapat menyelesaikan banyak masalah dalam pelaksanaan projek pertanian secara bersepadu


Kg. Sungai Layang, Kota - Menyahut saranan YAB Menteri Besar Negeri Sembilan agar diwujudkan Majlis Dialog Tahunan Bersama Rakyat, JKKK Kg. Sungai Layang telah mengadakan majlis tersebut dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Rembau.

Majlis Dialog ini telah menghimpunkan ketua-ketua jabatan setiap agensi kerajaan bagi mendengar aduan rakyat dan memberikan penyelesaian secara terus kepada mereka. Dalam majlis tersebut, penduduk kampung mengambil kesempatan tersebut untuk menyuarakan masalah mereka, dan mendapat maklum balas positif dari agensi yaang terbabit.

Dalam ucapann beliau, Sdr. Khairy telah memaklumkan bahawa pihak Kerajaan Barisan nasional sentiasa peka dengan masalah rakyat, dan akan berusaha sebaik mungkin untuk menyelesaikan permasalahan mereka, walaupun tidak dapat memenuhi kehendak mereka keseluruhannya.

Melalui majlis dialog ini juga yang boleh dianggap sebagai Perhimpunan Tahunan JKKK kg. Sungai Layang, penduduk boleh mendapat laporan secara terus tentang perancangan pihak Kerajaan di bawah agensi-agensi yang dipertanggungjawabkan.


YB Dato' Dr. Hj. Awaludin menyampaikan padangan dan memberikan maklum balas kepada penduduk

Peluang ini perlu dimanfaatkan oleh rakyat untuk menyuarakan permasalahan mereka

Sdr. Khairy menyampaikan ulasan dan perkembangan terkini usaha Barisan Nasional untuk membantu rakyat

Tn. Hj. Annuar (tengah) adalah pengerusi JKKK Kg. Sungai Layang


Taman Lily, DUN Paroi - Selepas mendapat laporan daripada Pejabat Parlimen Rembau dan Pusat Khidmat Barisan Nasional DUN Paroi pada hari sebelumnya, Sdr. Khairy telah memutuskan untuk melihat sendiri punca kejadian yang menyebabkan banjir di DUN Paroi yang sering berlaku sejak akhir-akhir ini.

Dalam lawatan beliau di Taman Lily, Sdr. Khaairy mendapati selain daripada faktor hujan lebat dalam beberapa minggu yang lalu, projek-projek pembangunan yang sedang giat dijalankan juga turut menyumbang kepada berlakunya musibah tersebut.

Bagi kes di Taman lily pula, satu lagi aancaman kepada penduduk adalah sistem perparitan yang ada tidak diuruskan dengan baik dan gagal untuk mengalirkan air sekiranya berlaku hujan lebat. dalam ucapaannya kepada penduduk, beliau dan Pejabat BN DUN Paroi akan membuat dialog bersama pihak MPS dalam kadar yang segera bagi membincangkan usaha-usaha yaang boleh dilaksanakan bagi mengurangkan impak banjir di DUN Paroi.


Melihat sendiri salah satu projek pembangunan sebuah pasaraya yang telah menyebabkan berlakunya banjir lumpur

Pihak pemaju dilihat tidak serius dalam mengawal berlakunya hakisan lumpur kerana tidak menanam rumput di tebing yang curam

Sistem perparitan sementara yang turut mengalirkan air di kawasan tersebut

Pengerusi penduduk memaklumkan telah membuat beberapaa aduan tetapi tidak mendapat perhatian pihak yang bertanggungjawab

Sdr. Khairy bertanyakan status projek ini kepada wakil pihak kontraktor

Kesan banjir yang masih belum dibersihkan

Melawat rumah-rumah yang teruk dilanda banjir

Sistem perparitan yang perlu diberikan perhatian

Sdr. Khairy tidak berhuas hati dengan sistem parit tanpa pembentung ini

Longkang yang hanya tinggal pada nama, tetapi tidak boleh berfungsi

Sdr. Jefri, Pegawai Tadbir Pusat Khidmat Masyarakat BN DUN Paroi memberikan laporan tentang perkembangan terkini

Pengerusi persatuan penduduk mengucapkan terima kasih kepada pihak Bomba dan MPS yang membantu penduduk membersihkan rumah

Sdr. Khairy menyampaikan rasa simpati apabila beliau melihat sendiri kesan banjir dan akan mengusulkan cadangan pemilihan kepada pihak berkuasa tempatan

Antara penduduk yang terlibat hadir di rumah Pengerusi Penduduk

Menyampaikan sumbangan bantuan bencana

Menyampaikan sumbangan bantuan bencana kepada penduduk yang lebih dikenali sebagai Apek

Menyampaikan sumbangan bantuan bencana

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin