Tuesday, October 27, 2009

SESI TURUN PADANG: KHAIRY LEBIH DEKAT BERSAMA RAKYAT

Oleh: Rizuan
Gambar: Adhira


23 Oktober 2009, Jumaat, Kg. Baru Paroi : Sdr. Khairy Jamaluddin telah meneruskan kembali jadual beliau seperti biasa sebagai Ahli Parlimen Rembau, setelah sibuk dengan pilihanraya DUN Bagan Pinang dan Perhimpunan Agung UMNO 2009 dengan aktiviti turun padang bagi mendekati rakyat.

Seawal jam 10.00 pagi, beliau telah tiba di Bilik Gerakan JKKK Kg. Baru Paroi bagi meninjau kesan banjir yang berlaku di sana sehari yang lepas. Selain daripada faktor alam dimana hujan yang berlaku amat lebat pada hari tersebut, banjir lumpur yang berlaku juga dikatakan berpunca daripada perparitan yang tidak sempurna kesan daripada projek lebuhraya di kawasan yang berhampiran.

Dalam ucapan beliau, Sdr. Khairy turut memuji tindakan pantas pihak kontraktor lebuhraya yang tidak mengambil sikap lepas tangan dan turut membantu penduduk membersihkan kediaman mereka.

Dalam majlis ringkas tersebut, Sdr. Khairy telah memberikan bantuan kecemasan sebanyak RM300 sekeluarga untuk 17 buah keluarga yang terlibat.


Menyampaikan sepatah dua kata untuk menaikkan semangat penduduk yang masih sedih dengan kerosakan harta benda

Mengucapkan terima kasih kepada pihak-pihak yang turut membantu terutamanya jentera Barisan Nasional

Antara keluarga yang terlibat

Pihak kontraktor menerangkan laporan kejadian banjir yang berlaku pada hari tersebut

Menyampaikan bantuan kecemasan RM300 untuk setiap keluarga

Meminta agar pihak kontraktor dapat mencari penyelesaian segera bagi mengelakkan kejadian banjir berulang

Menjawab pertanyaan wartawan yang turut memberikan sokongan

Melawat kediaman salah seorang penghuni yang memerlukan bantuan untuk membersihkan rumahnya

Bertemu pemilik rumah yang turut mengalami banjir

Pemuda yang baru berkahwin ini menunjukkan aras air semasa kejadian tersebut


Kg. Seliau, Rantau - Dalam jam 11.30 pagi, Sdr. Khairy telah melapangkan masanya untuk meninjau perkembangan projek-projek di bawah peruntukan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dalam kawasan Parlimen Rembau.

Dalam lawatan itu, beliau meninjau kandang ternakan salah seorang penerima baantuaan Projek Kecil Pertanian, En. Mohd Shahril Bin Anuar yang bakal menerima peruntukan ahli parlimen sebanyak RM10,000 untuk menaiktaraf kandang lembu dan menerima baka lembu bagi meningkatkan taraf kehidupannya sekeluarga. Kg. Seliau juga akan menerima projek infrastruktur membina jalan asas di kampung tersebut bagi memberikan kemudahan kepada penduduk untuk pergi ke kebun mereka.

Secara umumnya, Kementerian Pertanian memperuntukkan sebanyak RM300,000 untuk setiap kawasan parlimen bagi projek jeti nelayan, infrastruktur pertanian dan projek kecil. Rembaunews akan memberikan perincian projek-projek yang diluluskan oleh Sdr. Khairy pada 'posting' yang akan datang.


Rizuan memaklumkan baahawa pihak Kementerian telah meluluskan cadangan Ahli Parlimen untuk projek ternakan lembu ini, dan hanya menunggu untuk dilaksanakan

Projek ternakan kambing biri-biri yang diusahakan dengan modal sendiri

Memberikan nasihat dan pandangan agar projek ini dapat dimanfaatkan oleh peserta

Beramah mesra dengan penduduk yang datang untuk bertemu dengan beliau

Mendengar ulasan dari En. Murad, Penguasa JPS daerah Seremban tentang projek jalan ladang yang akan dilaksanakan di bawah peruntukan Ahli Parlimen Rembau

Meminta agar pihak JPS dapat menambah kos projek sdia ada jika masih terdapat peruntukan bagi menurap jalan tersebut

Inilah jalan yang akan dibina jalan asas dahulu

Rumah Terbuka MIC Rembau - Sdr. Khairy dan YB Tuan Zaifulbahri, ADUN Chembong telah berkesempatan hadir ke rumah En. Kalliyugam, Timb. Pengerusi MIC Rembau untuk meraikan sambutan Deepavali bersama AJK MIC bahagian Rembau.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah YB VS Mogan, Pengerusi MIC Rembau yang baru tiba dari kawasannya di DUN Jeram Padang bagi melaksanakan tugas dan bertemu rakyat di sana. Majlis tersebut telah memberikan peluang kepada ketiga-ketiga wakil rakyat ini berkongsi pandangan tentang masalah yang dihadapi oleh para pengundi di kawasan masing-masing.

Majlis ini juga telah memberikan peluang kepada tetamu yang hadir beramah mesra di samping menikmati hidangan tradisional masyarakat India yang enak dan menyelerakan.


Berbual tentang perkembangan terkini parti masing-masing

Menikmati jamuan yang enak masakan tradisi masyarakat India

Para pemimpin dan anggota Pemuda BN juga tidak melepaskan peluang menikmati jamuan yang disediakan

Bergambar kenangan dengan En. ST Kalliyugam (dua dari kiri) sekeluarga


Masjid Pedas Hilir - Singgah sebentar solah jumaat di Masjid Pedas Hilir, dan meikmati jamuan makan tengah hari di warung berhampiran sebelum meneruskan perjalanan ke Dewan parlimen bagi mengikuti Pembentangan Bajet oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.

En. Ahmad Ragiman menjemput Sdr. Khairy untuk ke warung berhampiran

Bersalaman dengan jemaah masjid yang sentiasa memberikan sokongan

Menikmati jamuan makan tengah hari ala kampung yaang sungguh menyelerakan

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin