Kg.Gadong, 18 Oktober 2009 - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Sdr. Khairy Jamaluddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Rembau dan Ketua Pemuda UMNO Rembau telah mengadakan Majlis Hari Raya Aiduilfitri 2009, bertempat di Balairaya Kg. Gadong.
Majlis tersebut yang bermula seawal jam 11.00 pagi telah dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira agama, bangsa dan umur. Dianggarkan seramai 8000 oarang tetamu telah menghadiri majlis tersebut yang berkahir pada jam 3.00 petang.
Walaupun agak keletihan, Sdr. Khairy amat berbesar hati dan gembira kerana sambutan para tetamu pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri pada kali ini amat mebggalakkan dan jauh melebihi dari jangkaan awal berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Turut memeriahkan majlis pada hari tersebut adalah kehadiran YAB Dato' Seri Utama Hj. Mohamad Bin Hj. Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan yang hadir bersama Isteri beliau. Dan selang beberapa minit kemudian, kehadiran YAB Datuk Seri Hj. Mohd. Ali Rustam dan Isteri beliau yang turut melapangkan masa untuk hadir.
Kehadiran para EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Ketua-ketua Pemuda Negeri dan rakan-rakan pemuda UMNO Bahagian yang lain juga amat dihargai. Tahniah diucapkan kepada UMNO Cawangan Gadong kerana telah berjaya menganjurkan majlis pada kali ini dengan jayanya, tidak lupa kepada Pemuda UMNO Bahagian Rembau yang turut membantu sepanjang majlis tersebut berlangsung.
Foto di sekitar majlis