Tuesday, September 1, 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA UMNO CAWANGAN GADONG

29 Ogos 2009, Kg. Gadong, Kota - UMNO Cawangan Gadong telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Dan Penyampaian Sumbangan kepada 25 buah keluarga miskin yang tinggal di kampung tersebut. Sumbangan-sumbangan tersebut telah disumbang dan disampaikan oleh Sdr. Khairy Jamaluddin, Ahli Parlimen Rembau merangkap Ketua UMNO Cawangan Gadong.

Pada majlis itu, seramai 150 orang tetamu dan penduduk kampung telah hadir bagi bersama-sama berbuka puasa dan bersolat tarawikh pada malamnya, dan ianya menjadi cukup istimewa apabila Sdr. Khairy sendiri menjadi bilal untuk solat sunat tersebut.

Menurut Khairy, sudah menjadi kelaziman setiap kali selepas berbuka besama keluarga, mereka akan solat tarawikh bersama-sama dimana Pak Lah menjadi Imam dan beliau menjadi Bilal.

Berbual dengan Tn. Haji hasan dan Tn. Haji Annuar sementara menunggu masuk waktu berbuka

Sdr. Ghafar (Baju Hijau) menyambut ketibaan tetamu yang datang

Menyampaikan sumbangan kepada fakir miskin

Menyampaikan sumbangan kepada keluarga yang susah

Menyampaikan sumbangan kepada golongan OKU

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin