Saturday, September 5, 2009

4 SEPTEMBER 2009 - SAUDARA KHAIRY MENGAJAK RAKYAT REMBAU UNTUK SALING BANTU MEMBANTU ANTARA SATU DENGAN YANG LAIN

Oleh: Rizuan

5.15 petang, Majlis Penyampaian Sumbangan Kurma D'Ramadhan


Saudara Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Ahli Parlimen Rembau telah hadir di Masjid An-Nur Pekan Rembau untuk menyampaikan sumbangan kurma kepada 54 buah Masjid di dalam kawasan Parlimen Rembau. Majlis ringkas tersebut yang berlangsung selepas solat Asar dimulakan dengan ucapan doa oleh Imam Masjid An-Nur.

Dalam ucapan beliau, beliau meminta maaf kepada para hadirin yang hadir di atas sedikit kelewatan kerana telah singgah sebentar untuk melawat jenazah Allahyarham YB Azman Mohd Nor, ADUN Bagan Pinang yang meninggal dunia di Hospital Pakar Seremban pada jam 2.30 petang yang menurut pihak hospital akibat jangkitan dalam darah. Beliau dalam pada itu mengajak semua yang hadir menyedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham dan berdoa agar rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Menurut Beliau lagi, selain daripada tempat umat Islam beribadat, Masjid juga merupakan pusat ilmuan bagi mendidik para remaja membentuk akhlak yang baik dan meningkatkan ketakwaan kepada Allah swt. Ini kerana, pada zaman ini generasi tersebut amat mudah alpa dan terjebak dengan aktiviti yang tidak sihat dan kurang bermoral, dan menjadi tanggungjawab kita semua untuk membentuk mereka dari kecil, dan peranan masjid dan seluruh ahli jawatankuasanya amatlah dihargai.

Beliau juga berharap melalui sumbangan ini, rakyat di Rembau dan para musafir yang yang singgah di masjid-masjid dapat berbuka puasa dengan buah kurma yang merupakan sunnah Rasulullah saw ketika berbuka.

Ketibaan Sdr. Khairy disambut oleh para Nazir dan wakil masjid

Pengacara Majlis Penyampaian Sumbangan Kurma D'Ramadhan, Sdr. Safariladira, Penolong Setiausaha Pemuda UMNO bahagian Rembau mengalu-alukan kehadiran para tetamu yang hadir

Ucapan dari Sdr. Khairy Jamaluddin, Ahli Parlimen Rembau

Mengajak pihak Masjid mempelbagaikan aktiviti bagi menarik minat generasi muda

Bersalam-salaman selepas majlis selesai


5.50 petang - Melawat Bazar Ramadhan Pekan Rembau

Selepas selesai program di Masjid An-Nur, Sdr. Khairy telah meluangkan masa untuk menjenguk dan membeli juadah berbuka di Bazar Ramadhan yang terletak berhampiran. Bazar Ramadhan ini merupakan tumpuan rakyat yang tinggal di sekitar Pekan Rembau, dan menawarkan pelbagai juadah berbuka yang sungguh menyelerakan.

Sdr. Khairy bertegur sapa dengan rakyat Rembau yang datang membeli juadah berbuka

Berbual dengan salah seorang ahli Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Rembau

Membeli ikan pari bakar

Beramah mesra dengan pengunjung yang datang

Membeli murtabak special yang sentiasa laris sepanjang bulan Ramadhan

Membeli air sirap jagung untuk menghilangkan dahaga semasa berbuka

Membeli dadih bersama Saudara Safariladira

Membeli ayam golek special 2 ekor untuk sahabat-sahabat semasa berbuka nanti

Turut membeli roti canai sebagai sebahagian dari juadah berbuka

Bersalaman dengan bapa kepada salah seorang peniaga


6.20 petang - Memeriksa bekalan gula di Pekan Rembau
Pada kesempatan itu juga, Sdr. Khairy juga telah pergi ke kedai-kedai runcit utama di Pekan Rembau untuk memeriksa bekalan gula di pasaran tempatan. Menurut pihak peniaga, mereka sukar mendapat bekalan gula dan perkara ini amat menyulitkan para pengguna yang sedang bersiap sedia untuk persiapan hari raya Aidilfitri.

Menurut salah seorang peniaga disana, bekalan hanya kadang-kadang datang seminggu sekali dalam kuantiti yang kecil, dan ianya habis hanya dalam masa satu hari. Sdr. Khairy memaklumkan bahawa Beliau akan merujuk kepada pihak KPDNHEP untuk memantau situasi ini bagi mengatasi isu bekalan gula yang turut melanda kawasan Parlimen Rembau.

Memeriksa bekalan gula di Kedai Borong di Pekan Rembau

Bertanyakan khabar 'towkey' kedai elektrik yang sentiasa memberikan sokongan penuh kepada Sdr. Khairy

Bertanyakan status bekalan gula di Pasar Mini Rembau


6.45 petang - Majlis Berbuka dan Penyampaian Sumbangan di Surau Taman Rembau Utama

Program Sdr. Khairy di Surau Taman Rembau Utama ini dimulakan dengan bacaan surah Yassin dan Tahlil Arwah sementara menunggu waktu berbuka puasa bersama penduduk. Majlis berbuka ini telah dihadiri seramai 300 orang dimana segala persiapan juadah berbuka disediakan secara gotong-royong. Mengikut amalan taman tersebut, pada setiap hari para penduduk akan bergotong royong membuat persiapan berbuka di surau, mengikut lorong kediaman masing-masing secara bergilir-gilir.

Selepas sahaja selesai berbuka dan solat maghrib, majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan kepada 29 orang fakir miskin, orang kurang upaya, warga emas dan mualaf yang tinggal ditaman tersebut. Majlis tersebut turut dihadiri oleh adil Nurul Amiera Abdul Karim yang memerlukan bantuan kewangan bagi pembedahan tulang belakang yang bengkok, yang diusahakan melalui tabung New Straits Times Press. Turut hadir adalah Cik Rabiatul Adawiyah yang mewakili pihak NSTP bagi menerima sumbangan tersebut yang berjumlah RM4,000.

Kepada yang bermurah hati, sumbangan anada bolehlah dihantar kepada pihak NST dengan cek atas nama New Straits Times Press (M) Bhd, dengan nama (Nurul Amiera Binti Abdul Karim) ditulis di bahagian belakang cek tersebut, dan dihantar kepada The Cashier, Finance department/Charity Unit NSTP, The New Straits Times Press (M) Bhd, Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur.

Dalam ucapan beliau, beliau turut mengajak semua yang hadir agar kita sama-sama membantu golongan yang memerlukan bagi meringankan bebanan yang mereka tanggung. Dan amalan yang baik ini tidak seharusnya terhenti setakat bulan Ramadhan semata-mata, namun harus diteruskan sampai bila-bila, kerana disitulah terletaknya keadilan dalam Islam di antara golongan yang mampu dan yang memerlukan.

Sebelum bertolah]k ke lokasi yang seterusnya, Sdr. Khairy turut menunaikan solat Isya' dan Solat Sunat Tarawikh dengan jemaah di Taman Rembau Utama.

Menyampaikan ucapan semasa Majlis Penyampaian Sumbangan

Menggalakkan amalan bantu-membantu sesama manusia tanpa mengira perbezaan agama bagi menjamin keharmonian antara rakyat di Malaysia


Menyampaikan sumbangan kepada penerima

Meyampaikan sumbangan kepada penerima

Menyampaikan sumbangan kepada pihak NSTP untuk tabung pembedahan tulang belakang adik Nurul Amiera

Adik Nurul Amiera memerlukan rawatan yang segera


11.00 malam - Melawat keluarga Mohd Haizal, Naib Ketua Pemuda UMNO Cawangan Kuala Sawah yang meninggal dunia

Allahyarham Mohd. Haizal telah meninggal dunia pada umur 25 tahun akibat sesak nafas di rumah keluarga mertuanya di Kampung Sawah Raja. Sepanjang hayatnya, Arwah merupakan salah seorang pemuda yang begitu aktif dalam membantu UMNO dan jentera Barisan Nasional, dan kehilangnnya amat dirasai oleh Sdr. Khairy dan rakan-rakan baiknya.

Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah swt, dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman.. Amin...

Al-Fatihah....

Bapa mertua Allahyarham Mohd Haizal memaklumkan bagaimana kejadian tersebut berlaku

Diharapkan balu kepada arwah akan tabah dalam menghadapi hari-hari yang mendatang

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin