Sabtu, 12 September 2009 - Satu mesyuarat Pembangunan dan Pembasmian Kemiskinan Daerah Rembau telah diadakan di Pejabat Daerah Rembau bersama Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), JPM Cawangan Negeri Sembilan.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh Y.Bhg. Tuan Hj. Mohd Bahrudin Bin Mahfuz, Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri, Negeri Sembilan serta YB Dato' Dr. Hj. Awaludin Said, ADUN Kota dan YB Tuan Zaifulbahri Idris, ADUN Chembong.
Mesyuarat tersebut diadakan adalah untuk membincangkan status terkini pelaksanaan projek-projek utama di dalam kawasan Parlimen Rembau yang menjadi keutamaan untuk faedah rakyat. Selain itu, turut dibincangkan status kemiskinan rakyat serta bantuan yang telah dan akan dilaksanakan dalam masa terdekat bagi membaantu mereka.
Ahli-ahli mesyuarat juga tekah meluangkan masa untuk menyampaikan bantuan kepada warga emas dan ibu tunggal di dalam Daerah Rembau.
Tuan Haji Mohd Rawi, Pegawai Daerah Rembau mempengerusikan mesyuarat pada pagi tersebut
Mesyuarat seperti ini menjadi ruang kepada para Wakil Rakyat untuk menyampaikan masalah rakyat kepada pihak Kerajaaan
Antara para pegawai Kerajaan yang komited membantu rakyat di Rembau
Yb Tuan Zaifulbahri bertanyakan sesuatu yang menyentuh persoalan tentang bantuan kepada penduduk miskin
Melawat seorang penerima bantuan bulanan JKM di Kg. Pedas Tengah, DUN Chembong
Menunjukkan baikpulih yang telah dilakukan melalui Peruntukan Khas Menteri Besar
Melawat reban ayam kampung yaang diberikan kepada penerima sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan pendapatan mereka
Tn. Haji Rawi memaklumkan statistik menunjukkan mereka yang berjaya keluar dari kepompong kemiskinan adalah mereka yang mempunyai sikap yang betul
Menyampaiakn sedikit bantuan untuk persiapan Hari Raya Aidilfitri
Berada di rumah kedua di Kampung Pedas Tengah, DUN Chembong
Isu kebersihan masih lagi menjadi isu yang belum dititik beratkan oleh penduduk kampung
Mendengar penjelasan dari Ketua Kampung, Tok Aris tentang status pemohon
Berada di Kampung Batang Nyamor, DUN Kota
Tok Yunus, Ketua Kampung memaklumkan bahawa penghuni rumah ini adalah seorang nenekyang tinggal bersama anak dan cucunya seramai 8 orang
YB Dato' Awaludin memperkatakan sesuatu tentang bantuan yang telah disalurkan kepada pemohon melalui JKM
Menyampaikan sumbangan untuk keluarga besar ini
Berada di Kampung Titian Akar, DUN Kota melawat warga emas yang masih lagi menerima bantuan JKM
Nenek ini memaklumkan tentang rumahnya yang semakin usang, dan memerlukan bantuan untuk baik pulih
Melihat rumah PPRT yang diterima oleh anak warga emas tersebut, yang juga merupakan ibu tunggal
Menyampaikan sedikit bantuan ikhlas sebagai persiapan Hari Raya Aidilfitri