Wednesday, August 26, 2009

SEMINAR MOTIVASI ALIHAN PELAJAR BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA DI PARLIMEN REMBAU

Oleh: Rizuan
Gambar: Shaharizan

20 Ogos 2009, Khamis - Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Rembau sekali lagi telah melaksanakan program pendidikan dengan menganjurkan Seminar Motivasi Alihan Pelajar(SMAP), yang ditaja sepenuhnya oleh TM Berhad, sebagai salah satu daripada tanggungjawab sosial korporat yang diambil oleh pihak syarikat bagi membawa pendidikan kepada masyarakat luar bandar.

Program ini telah melibatkan seramai 370 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 3 hingga Tingkatan 5, termasuk para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan STPM pada tahun ini. Sebanyak 15 buah sekolah telah menghantar penyertaan, yang terdiri daripada sekolah-sekolah di dalam kawasan Parlimen Rembau dengan kerjasama Jabatan Pelajarn Negeri Sembilan dan Pejabat Pelajaran Daerah Rembau dan Seremban.

Seminar Motivasi Alihan Pelajar ini telah disampaikan oleh pengasasnya sendiri, iaitu Dr. Tengku Asmadi Bin Tengku Mohamad, Pdh.D. serta dibantu oleh Tn. Hj. Rashidi, salah seorang penceramah motivasi dari MAP Training and Consultancy Sdn. Bhd. Antara topik yang dibentangkan sepanjang sesi yang bermula seawal jam 9.00 pagi adalah Matlamat Hidup Pelajar, Strategi Pembelajaran Aktif dan Sikap Penentu Kejayaan.

Dalam majlis penutup, Sdr. Khairy telah mengucapkan ribuan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak TM Berhad kerana sudi memberikan tajaan untuk program SMAP ini. Dalam masa yang sama, beliau menasihati para pelajar untuk terus berusaha bagi mencapai potensi sebenar diri mereka dalam bidang pelajaran.

Menurutnya, dengan adanya usaha yang gigih dan bersungguh-sungguh, serta diiringi dengan doa kepada yang maha Esa, apa sahaja yang kita ingin dan impikan akan tercapai akhirnya. Beliau juga mengharapkan agar pelajar-pelajar elit ini dapat berkongsi dan menyampaikan ilmu yang diperolehi semasa program SMAP kepada rakan-rakan lain di sekolah.

Pada majlis itu juga, pihak Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Rembau turut memberikan sumbangan penutup mulut kepada para peserta yang terlibat sebagai langkah berjaga-jaga bagi membendung penularan wabak H1N1.



Dr. Tengku Asmadi bersemangat menyampaikan ceramah motivasi kepada para pelajar
Para pelajar memberikan perhatian penuh sepanjang sesi ceramah

Dr. Tengku Asmadi memberikan tip-tip berkesan sebelum menghadapi peperiksaan

Sebahagian daripada guru-guru kaunselor yang turut hadir untuk menambahkan lagi ilmu mendidik dan memotivasikan pelajar

Majlis Penutupan Seminar Motivasi Alihan Pelajar pada jam 4.30 petang

Kahadiran pelajar perempuan yang lebih ramai daripada pelajar lelaki

Ucapan daripada YM Dr. Tengku Asmadi, Ph.D. pada majlis penutup

Duduk dari kiri: Chif Inspektor Salahuddin - Ketua Balai Polis Rembau, Tn. Haji Mohd Rawi - Pegawai Daerah Rembau, Sdr. Khairy, YB Tuan Zaifulbahri Idris- ADUN chembong, Datin Hjh. Naemah, Pegawai Pelajaran Daerah Rembau

Ucapan Sdr. Khairy Jamaluddin Abu Bakar

Terima kasih kepada TM Berhad yang telah merialisasikan program ini untuk pelajar luar bandar

Majlis penyampaian sijil kepada wakil pelajar setiap sekolah

Sdr. Khairy menyampaikan cenderamata kepada Dr. Tengku Asmadi

Cenderahati balas daripada MAP Training and Consultancy sebagai tanda terima kasih di atas jemputan ke Parlimen Rembau

Para pelajar tidak melepaskan peluang bergambar dengan Ahli Parlimen kesayangan mereka

Bersalaman dengan pelajar sebelum berangkat ke program yang seterusnya

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin