Monday, November 9, 2009

7 NOV 2009 - WALKABOUT PILIHAN KHAIRY UNTUK BERTEMU MASYARAKAT

Oleh: Rizuan
Gambar: Adhira

Pada hari ini Sdr. Khairy meluangkan masa untuk pergi membuat lawatan secara tidak formal bagi bertemu rakyat di Parlimen Rembau, disamping untuk menyelesaikan beberapa aduan yang diterima di Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Rembau.

Sesi 'walkabout' kali ini dimulakan dengan Solat Zohor do Masjid Tanah Datar, Kampung Chengkau. Selain daripada menunaikan kewajipan untuk menunaikan solat, kehadiran beliau di sana adalah bertujuan untuk menilai permohonan Masjid dan JKKK kampung tersebut yang memohon peruntukan untuk memagar kawasan tanah perkuburan bersebelahan dengan masjid tersebut.

Setelah diteliti, Sdr. Khairy bersetuju untuk menurunkan peruntukan bagi menyambung kerja-kerja memagar kawasan kubur tersebut, yang tidak dapat disiapkan sepenuhnya kerana kewangan yang terhad. Selain itu, beliau juga bersetuju untuk membaikpulih papan tanda kubur yang sudah rosak.

Tn. Hj. Ibrahim Aman mengimamkan Solat Zohor

Menikmati jamuan ringan yang disediakan oleh pihak masjid

Melawat struktur masjid lama yang masih digunakan sebagai kelas agama dan mesyuarat

Melihat papan tanda yang sudah terhakis dan perlu dibaiki

Pagar lama yang sudah mula mereput dan berkarat


Perjalan Sdr. Khairy diteruskan ke Pekan Chengkau di mana beliau ingin melihat perkembangan perniagaan Tn. Haji Abdul Wahab (klik untuk laporan sebelum ini) berkenaan pemindahan peniaga bagi kerja-kerja merobohkan bangunan kedai Majlis Daerah Rembau bagi memberi laluan kepada pelebaran projek jambatan bagi pembinaan landasan berkembar keretapi.

Dalam lawatan tersebut, beliau juga sempat meninjau keadaan pekan lama ini, dan berpandangan bahawa sesuatu perlu dilakukan bagi menaiktaraf kawasan tersebut.

Tuan Haji Abdul Wahab telah memindahkan perniagaannya ke kedai yang berhampiran, namun memohon kerjasam Sdr. Khairy bagi membina awning di hadapan kedainya bagi mengelakkan tempias hujan.

Sdr. Khairy ditemani oleh Tn. Haji Annuar dan En. Latif, AJK UMNO Bahagian Rembau dan Ketua UMNO Cawangan Chengkau merangkap Ahli Majlis Daerah Rembau

Berbual dengan pemilik kedai makan yang menghidangkan masakan tradisional Negeri Sembilan

Menikmati makan tengah hari di depan Pasar Chengkau


Setelah selesai aktiviti di DUN kota, Sdr. Khairy pergi ke DUN Chembong untuk bertemu dengan para penjaja di depan pasaraya FRESCO yang telah berpindah ke lokasi perniagaan baru yang lebih teratur dan selesa.

Dalam perbualan dengan penjaja, mereka menyatakan bahawa lokasi baru ini adalah lebih baik dan memberikan lebih banyak keselesaan kepada pengunjung, namun mereka berharap agar Sdr. Khairy dapat membantu menambahkan lagi atap (awning) di hadapan gerai mereka bagi memberuikan lebih keselesaan kepada pengunjung terutamanya ketika panas terik dan hujan.

Tempat baru ini lebih baik berbanding sebelumnya, maklumbalas yang diterima daripada peniaga ini

Peniaga ini telah berniaga selama sebelas tahun di kawasan tersebut, dan dia berharap agar Sdr. Khairy dapat membantu menambah atap di hadapan gerai ini

Sdr. Khairy akan meneliti permohonan yang dikemukakan dan akan dibawa berbincang dengan pihak Fresco selaku pemilik gerai

Peniaga ini juga memberikan maklumbalas yang positif terhadap gerai baru ini

Memberikan komen kepada wartawan akhbar Sinar Harian berkenaan sesi lawatan kali ini


Sebelum pulang ke Kuala Lumpur, Sdr. Khairy sempat singgah di kediaman rumah kedai Chong Chee Hong bagi menziarahi keluarga tersebut, yang baru kematian bapanya di Pekan Rantau. Lawatan tersebut juga dihadiri oleh para pemimpin Pemuda Barusan Nasional Rembau yang lain.

Menguapkan takziah kepada keluarga En. Chong

Bersalaman dengan saudara mara yang hadir

Berbual dengan para pemimpin MCA Cawangan Rantau


Sebelum pulang, Sdr. Khairy singgah minum sebentar di Kedai Mamak 24Jam yang terkenal di Rantau untuk minum dan berjumpa dengan rakan-rakan pemuda yang sedang bersiap sedia berkumpul untuk ke Stadium Bukit Jalil.

Bersama dengan Sdr. Safrul, Naib Ketua Pemuda Bahagian Rembau

Bersalaman dengan rakan pemuda yang akan ke Bukit Jalil

Bersalaman dengan para pengunjung yang singgah makan di gerai tersebut

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin