Gambar: Adhira
Taman Tuanku Jaafar, DUN Paroi - Bertempat di Dewan Orang Ramai TTJ, kehadiran Sdr. Khairy pada jam 10.30 pagi disambut oleh Datuk Marimuthu Nadason, Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) bagi merasmikan kempen "Tanam Sendiri Jimat Belanja".
Kempen ini bertujuan untuk mendidik masyarakat pengguna bagi menghadapi senario sejagat tentang kenaikan harga bahan makanan dan bahan api. Keadaan menjadi semakin gawat dengan berlakunya krisis kewangan di Amerika Syarikat, yang menyebabkan ekonomi dunia menjadi tidak menentu. Keadaan yang berlaku di peringkat dunia ini turut memberikan tempias kepada para pengguna di Malaysia, yang menyebabkan:
- Kenaikan harga barang dan perkhidmatan
- Kualiti hidup kian merosot
- Kehilangan pekerjaan
- Hutang kian bertambah
- Kemiskinan
- Keluarga berpecah belah
- Kejadian jenayah semakin berleluasa
Mengenai kempen Tanam Sendiri Jimat Belanja, Sdr. Khairy berkata, langkah itu merupakan antara cara yang dapat membantu rakyat Malaysia meringankan beban kewangan mereka. Dalam keadaan ekonomi hari ini, pengguna perlu lebih kreatif dalam memaksimakan penggunaan ruang di kawasan rumah mereka bagi menambahkan sumber makanan.
Dalam majlis tersebut, Sdr. Khairy juga memberikan penerangan tentang program subsidi beras (SUBUR) yang dilaksanakan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Menurut beliau, kerajaan melaksanakan inisiatif tersebut bagi menjimatkan perbelanjaan kerajaan dimana subsidi ini hanya diberikan kepada mereka yang miskin sahaja, berbanding kaedah sekarang dimana mereka yaang tidak layak turut menikmati faedah yang sama.
Meneliti laporan daripada penjaja berkenaan tapak baru perniagaan mereka yang disediakan oleh MPN terganggu oleh kotoran dan bau busuk dari bengkel besi buruk berhampiran
Sdr. Khairy melihat sendiri longgokan besi buruk yang tinggi melepasi penghadang yang dibina dan dikhuatiri boleh membahayakan peniaga dan pelanggan jika tidak diuruskan dengan baik
Sdr. Khairy melihat sendiri longgokan besi buruk yang tinggi melepasi penghadang yang dibina dan dikhuatiri boleh membahayakan peniaga dan pelanggan jika tidak diuruskan dengan baik