Wednesday, November 18, 2009

14 NOV 2009 - KHAIRY MENYAMPAIKAN SIJIL TADIKA KELAS NUR ISLAM

Oleh: Rizuan

12.00 tengah hari - Sdr. Khairy telah dijemput untuk menyampaikan sijil-sijil kecemerlangan kepada kanak-kanak Tabika Nur Islam di Taman Widuri Indah yang bertempat di surau taman itu. Kehadiran Sdr. Khairy turut menceriakan ibu-bapa yang hadir kerana tidak menyangka dapat bertemu dengan beliau dalam majlis tersebut.

Majlis tersebut merupakan acara tahunan yang diadakan sebagai salah satu aktiviti sebelum curi penggal akhir tahun kelas tersebut. Dalam ucapan Sdr. Zulkarnaen Sahbudin, Ketua UMNO Cawangan Widuri Indah, pihaknya amat berbangga di atas kehadiran Sdr. Khairy di majlis tersebut. Dia juga turut menyatakan rasa terima kasih kepada Ahli parlimen Rembau dan Menteri Besar Negeri Sembilan di atas peruntukan-peruntukan yang diturunkan bagi menaiktaraf surau tersebut.

Sdr. Khairy juga mengucapkan tahniah kepada seluruh AJK Tadika Nur Islam kerana telah memberikan komitmen yang baik dalam mendidik anak-aank ini. Beliau berharap dengan sumbangan yaang telah disalurkan, kanak-kanak ini dapat belajar dengan selesa seterusnya meningkat dalam prestasi pelajaran.

Sdr. Khairy dan Sdr. Zulkarnaen merupakan rakaan dalam Pemuda UMNO Rembau

Kanak-kanak bersiap-sedia untuk menerima sijil

Sdr. Zulkarnaen menyampaikan ucapan alu-aluan

Sdr. Khairy menyampaikan ucapan

Antara ibu bapa yang hadir di majlis tersebut

Menyampaikan sijil kepada kanak-kanak Tabika Nur Islam

Menyampaikan sijil kepada kanak-kanak Tabika Nur Islam

Menunaikan Solat Zohor sebelum berangkat ke program seterusnya

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin