9 Febuari 2009, Isnin - Perubuhan-pertubuhan Cina Pekan Rembau bersama dengan Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Rembau telah menganjurkan Rumah Terbuka CHAP GOH MEH Rembau 2009 dengan jayanya pada hari ini .Majlis tersebut telah berlangsung di Pekan Rembau dan telah menarik lebih dari kurang 3000 orang yang terdiri daripada pelbagai lapisan kaaum bagi bersama-sama dengan YB Ahli Parlimen Rembau, Sdr. Khairy Jamaluddin untuk meraikan perayaan Chap Goh Meh. Majlis tersebut telah diserikan dengan persembahan Tarian Singa, tarian Hip Hop, persembahan Health Dance, persembahan Silap Mata, Pertunjukan Bunga Api, nyanyian lagu-lagu P. Ramlee dan persembahan lagu-lagu Mandarin oleh tetamu jemputan dari England, Mr. Julian Church. Penyampaian bantuan Tahun Baru Cina kepada wargamas dan cabutan bertuah juga diadakan dan para hadirin terus kekal sepanjang Majlis sang diadakan sehingga jam 11 malam.
Dalam ucapan Ahli Parlimen Rembau, Sdr. Khairy Jamaluddin, Beliau meminta agar warga Rembau supaya mengekalkan serta mengukuhkan perpaduan di antara rakyat berbilang kaum yang tinggal bersama-sama dalam Negara ini. Dengan utuhnya perpaduan diantara rakyatnya, Negara kita boleh terus aman dan damai, tanpa sebarang masalah yng tidak diingini. Jikalau keadaan Negara tidak aman dan selamat, ia akan menyusahkan Negara kita, terutamanya dalam usaha menarik pelabur asing melabur keMelaysia.
Selain daripada itu, KJ juga berasa amat bangga dan senang hati, kerana semangat setiakawan di antara kaum dalam Parlimen Rembau adalah baik, ia terbukti dengan jumlah orang yang hadir pada malam ini, Beliau juga mengambil kesempatan untuk menasihati para hadirin supaya menghormati undang-undang dan juga setia kepada Raja dan Negara. Beliau turut berasa dukacita dan sedih mengenai beberapa perkara tidak elok yang berlaku di Perak, sehingga ada yang celupar dan sanggup menderhaka serta enggan mengikut titah Raja.
Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Cina Rembau menyampaikan limau Mandarin kepada Sdr. Khairy Jamaluddin.
Sdr. Khairy dan YB Tuan Zaifulbahri gembira dengan layanan dan semangat yang ditunjukkan oleh masyarakat Cina di Rembau.
Semua pemimpin Barisan Nasional dan Pengerusi Pertubuhan Cina dijemput untuk melakukan acara 'Lau Sang'
Tarian Singa ini merupakan persembahan Belia Barisan NasionalBawah: Antara yang hadir ke majlis Chap Goh Meh 2009 Parlimen Rembau






