Monday, February 23, 2009

LAWATAN KE RUMAH MANGSA RIBUT DI KG. SUNGAI TIMUN DAN RUMAH RAKYAT LUBOK CINA

Melawat Surau Kg. Sungai Radin yang rosak teruk akibat bencana ribut yang berlaku pada malam sebelumnya.

22 Febuari 2009 – YB Sdr. Khairy Jamaluddin berkesempatan pada hari ini untuk bertemu dan mendengar khabar daripada penduduk di Kg. Sungai Timun dan Rumah Rakyat Lubok Cina yang terlibat dengan kejadian ribut, dimana hampir 70 buah rumah rosak akibat daripada bencana tersebut. Kampung-kampung lain yang turut terlibat dengan bencana ribut pada malam tersebut adalah Kg. Pulau Mampat, Kg. Pulau Besar.


Dalam lawatan tersebut, YB. Khairy telah berseutuju untuk membaikpulih sebuah surau di Kg. Sungai Radin dan akan menurunkan peruntukan sejumlah RM20,000.00 bagi membina kembali bumbung surau yang rosak teruk dalam kejadian pada malam sebelumnya. Bagi penduduk yang tinggal di rumah rakyat, pihak Unit Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah mula menggantikan atap rumah yang telah diterbangkan angin kencang, manakala bagi rumah-rumah tradisional, kontraktor yang dilantik telah mula melaksanakan tugas mereka pada hari yang sama.

Dalam sesi bertemu penduduk di Balai Raya Rumah Rakyat Lubok Cina, wakil penduduk memaklumkan tentang kejadian yang berlaku pada malam itu, dan mengucapkan terima kasih di atas tindakan pantas pemimpin Barisan Nasional serta agensi Kerajaan yang terlibat. Bencana tersebut turut mendapat perhatian khas daripada Y.Bhg. Dato' Haji Azman Bin Haji Hassan, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan yang telah membuat lawatan segera ke lokasi bencana pada malam tersebut untuk bersama-sama penduduk memeriksa kerosakan yang berlaku.


Sementara itu, di DUN Paroi pula, Taman Satria, Senawang turut mengalami nasib yang sama. bagi mengelakkan kejadian yang buruk menimpa penduduk, Y.Bhg. Dato' Haji Azman Bin Haji Hassan, yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras UMNO DUN Paroi telah meminta kerjasama daripada Majlis Perbandaran Nilai untuk menyediakan 'ponco' untuk menutup lubang-lubang atap bagi mengelakkan air masuk ke dalam rumah penduduk.

Kos baik pulih rumah yang terlibat dibiayai melalui Peruntukan Khas Kecemasan Ahli parlimen Rembau, dan dilaksanakan secara gotong royong oleh Kumpulan Rukun Tetangga Taman Satria.

Pada malam tersebut, kehadiran YB Pembangkang DUN Paroi dari PAS hanya sekadar menunjukkan muka, dan dengan selamba dia mengatakan kepada penduduk yang terlibat "Jangan bimbang, esok akan ada orang kerajaan datang untuk baiki kerosakan yang berlaku", kata YB Taufik kepada salah seorang penduduk. Ahhirnya, pembangkang turut memuji Kerajaan Barisan Nasional yang sentiasa peka dengan masalah rakyat.

Keadaan Surau Kg. Sungai Radin yang memerlukan pembaikian segera

Melawat salah sebuah rumah yang rosak teruk akibat ribut di Kg. Sungai Timun

Bertemu dengan YB Dato' Dr. Awaludin Bin Said, ADUN Kota yang sedang membuat anggaran kerosakan di Kg. Sungai Timun

Berbincang dengan YB Dato' Dr. Awaludin dan Puan Norazlin, Penolong Pegawai Daerah Rembau tentang bentuk bantuan yang akan disalurkan

Sdr. Shaharizan, Jurugambar Pusat Khidmat Parlimen Rembau bersama Wartawan Sinar Harian sibuk membuat liputan kejadian yang berlaku

Dari Kiri: En. Ameruddin, Pegawai JKM Parlimen Rembau, Sdr. Ramli, Ketua Pemuda Sungai Timun, dan Sdr. Rosman dari Teluk Kemang

Sesi dialog bersama Penduduk di Rumah Rakyat Lubok Cina

Sdr. Khairy turut bersimpati dengan kejadian yang berlaku dan akan memastikan rumah-rumah yang rosak dibaiki segera

Antara penduduk yang hadir semasa sesi dialog tersebut

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin