Monday, February 23, 2009

MAJLIS PENUTUPAN MESYUARAT AGUNG KELAB MOTOR REMBAU

BATU HAMPAR, 22 Febuari 2009 – Pengerusi Kelab Motor Rembau, En. Maidin Mohamed mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB. Sdr Khairy Jamaluddin kerana sudi untuk hadir ke Majlis Penutupan Mesyuarat Agung Kelab Motor Rembau Kali Ke-2. Majlis tersebut dihadiri oleh 50 orang ahli Kelab Motor Rembau yang berumur semuada 18 tahun hingga 60 tahun.

En. Maidin dalam ucapannya membentangkan aktiviti-aktiviti yang dianjurkaan oleh kelab tersebut, dan kerjasama yaang dimainkan untuk mempromosikan lokasi tarikan pelancongan yang ada di dalam Parlimen Rembau. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Tuan Pegawai Daerah Rembau, Tuan Haji Mohd Rawi kerana membenarkan kelab tersebut beroperasi di sebuah bangunan Pejabat Daerah Rembau.

YB. Khairy dalam ucapannya menggalakkan lebih ramai golongan muda terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh kelab ini, kerana golongan belia pada hari ini perlu melibatkan diri dalam aktiviti rekreasi yang sihat bagi membentuk jati diri mereka.

Sebagai usaha membantu Kelab Motor Rembau beroperasi dengan baik pada masa hadapan, YB Khairy telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM 5,000.00 untuk membaikpulih pusat operasi kelab dan membeli peralatan yaang diperlukan.


LAPORAN BERGAMBAR

Dari Kiri(duduk): Pegawai Daerah Rembau, Pegawai Pelancongan Negeri Sembilan, Sdr. Khairy, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Rembau dan En. Maidin Mohamed

Antara ahli jawatankuasa Kelab Motor Rembau dan Kelab Motor Vespa yang hadir memberi sokongan

Sdr. Khairy menyampaikan hadiah kepada pemenang

Bergambar kenang-kenangan bersama Ahli Kelab Motor Rembau selepas majlis tamat


Bersalaman dengan tetamu yang hadir sebelum meninggalkan majlis.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin