Thursday, May 15, 2008

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SPM DAN STPM PARLIMEN REMBAU

Rembau, 9 Mei 2008 - Atas dasar keyakinan beliau bahawa modal insan merupakan aset kepada sesebuah negara, dan pendidikan sebagai tanda aras kemajuan sesebuah bangsa dan negara, Saudara Khairy Jamaluddin Abu Bakar telah mengiktiraf kejayaan para pelajar di Rembau melalui insentif kecemerlangan yang diumumkan pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Parlimen Rembau. 

Beliau juga menegaskan bahawa kejayaan anak-anak pada hari ini bermula dengan pembentukan minda dan jati diri yang baik, dan semuanya bermula di rumah. Anak-anak membesar melalui pemerhatian mereka terhadap gerak geri dan tingkah laku ibu bapa dan saudara-mara mereka di rumah. 

Sekolah pula adalah merupakan pusat ilmu yang menyalurkan perisian untuk diproses oleh modal insan yang berkualiti. Harapan kami adalah semoga INSENTIF KECEMERLANGAN ini dapat memberikan suntikan kejayaan kepada anak-anak Rembau. Mungkin suatu hari nanti, pelajar cemerlang kebangsaan akan datang dari parlimen ini. 

Selamat Maju Jaya.



Kehadiran Saudara Khairy disambut baik oleh ibu bapa yang hadir.





LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin