Wednesday, May 7, 2008

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS SMK TAMAN TUANKU JAAFAR

Mei 3 2008, JPA3, Labu, YB Khairy Jamaluddin sempat meluangkan masa bertemu para pengawas dari SMK TTJ yang sedang mengikuti Kursus Kepimpinan Pengawas sekolah tersebut. Kursus ini diadakan untuk membentuk pengawas yang berdisiplin tinggi dan memahami tugas dan peranan mereka sebagai pemimpin pelajar.

Pada kesempatan tersebut, YB Khairy telah memberikan ceramah motivasi kepimpinan kepada peserta. Antara perkara yang ditekankan adalah beliau mengingatkan para Pengawas bahawa jawatan yang dipegang merupakan amanah dan tanggungjawab yang besar dan harus dilaksanakan dengan baik. Dan dalam membuat sesuatu keputusan sama ada demi kebaikan peribadi atau organisasi, kita diberi pilihan untuk memilih dan perlu bertanggungjawab dengan pilihan tersebut selepas menilai dan mengambilkira semua faktor yang terlibat.

Semoga para pengawas ini akan menjadi pemimpin yang baik dikalangan mereka.


Antara yang TERBILANG di kalangan CEMERLANG


Kenangan yang sentiasa terpahat dalam hati mereka.


Para Pengawas Perempuan yang sibuk meminta tandatangan YB Khairy untuk disemat dalam ingatan mereka.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin