12.00 t/hari - Majlis Khidmat Komuniti PLKN anjuran Kawasan Rukun Tetangga Taman Sri Kasih, Senawang. Para peserta yang terlibat melakukan khidmat komuniti membersihkan Surau Taman Sri Kasih.
1.30 t/hari - Majlis perkahwinan anak saudara Tok Othman Kandar, Pengerusi JKKK Pedas. Majlis tersebut turut dihadiri oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Hj Hasan.
2.30 petang - Majlis Perkahwinan Norjihan dan Mohd Ainol di Kg. Tanjung Sena Hilir, Rembau. Turut hadir di majlis tersebut adalah YB Zaifulbahri Idris, ADUN Chembong yang merupakan rakan baik YB Khairy.
4.30 petang - Melawat rumah Tok Aris, Pengerusi JKKK Pedas Tengah yang terbakar pada awal minggu lalu. Menurut Tok Aris, kebakaran tersebut berlaku akibat litar pintas yang disebabkan oleh petir.