Monday, April 28, 2008

LAWATAN YB KHAIRY DI LADANG CENDAWAN GADONG

Lawatan YB Khairy Jamaluddin ke ladang cendawan tiram yang diusahakan oleh En. Mohamed Said (Berbaju Biru) amat bermakna sekali untuknya. Ladang yang diusahakan melalui sokongan adik beradiknya dengan jenama Gadong Agrotek semakin berkembang pesat, dan usaha untuk meluaskan ladang tersebut sedang dilaksanakan.



En. Said sedang memberikan penerangan kepada YB Khairy tentang projek cendawan tiram yang diusahakan di rumah peninggalan keluarganya di Kg. Gadong.

YB sempat bertanyakan harga sepaket cendawan tiram mengikut harga pasaran, dan pengusaha memaklumkan bahawa permintaan pasaran semakin baik dan usahasama dengan usahawan tani tempatan akan dbuat secara franchais.



YB Khairy sempat menikmati hidangan tengah hari di bawah pondok pekerja. Hidangan sup cendawan dan gulai cendawan menjadi menu utama, disamping ikan keli sambal yang menjadi masakan kampung pilihan YB pada hari tersebut.

Perbincangan tentang masa depan projek tanaman cendawan di Kg. Gadong.


Sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur, YB Khairy sempat menunaikan solat di Masjid Kg. Gadong dan bertemu dengan penduduk di sana yang ingin menyampaikan masalah dan hajat di hati mereka.


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin