Monday, February 1, 2010

31 JANUARI 10 - PROGRAM UMNO JUARA RAKYAT (PENDDIDIKAN) DUN CHEMBONG BERJAYA MENARIK MINAT GENERASI MUDA

Sumber: UtusanOnline

REMBAU 31 Jan. - Parti UMNO bukan ditubuhkan untuk menumbangkan sesiapa tetapi menjadi 'pejuang tulen' kepada semua bangsa di negara Malaysia ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, tiada satu pun perjuangan UMNO yang berteraskan ke arah kemusnahan bangsa dan negara, sebaliknya ia terus diperkukuhkan demi kepentingan rakyat keseluruhannya.

''UMNO kuat, kuatlah Barisan Nasional (BN). Kita akan terus perjuangkan rakyat Malaysia untuk semua, 1Malaysia.

''UMNO juga akan terus menjadi pejuang kepada semua bangsa di negara ini," katanya ketika berucap pada majlis penutupan Program Juara Rakyat Pendidikan anjuran UMNO Bahagian Rembau di Dataran Rembau di sini hari ini.

Hadir sama Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Azman Hasan serta Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Chembong, Zaifulbahri Idris.

Kata Mohamad, Program Juara Rakyat yang dilakukan ini merupakan sebahagian daripada usaha memberikan keyakinan kepada rakyat terhadap usaha yang dilakukan selama ini oleh UMNO dan BN dalam memastikan kesejahteraan mereka.

''Kita mahu semangat dan roh perjuangan parti UMNO dan semangat perpaduan yang dicipta di kalangan rakyat, ditiup kembali dan menjadi segar di hati rakyat.

''Kita mahu generasi hari ini terus mewarisi semangat yang telah dibawa oleh perjuangan terdahulu, khususnya dalam parti UMNO supaya mereka dapat terus hidup dalam keadaan aman dan damai kelak," katanya.

Mohamad yang juga Ketua UMNO Bahagian Rembau memberitahu, program yang berteraskan keutamaan terhadap rakyat itu juga mahu memperjelaskan betapa selama ini tonggak kejayaan itu adalah hasil pemuafakatan UMNO dan parti komponen BN.

''Juara Rakyat ini akan menjadi agenda penting sepanjang tahun ini dan akan diteruskan mengikut tema yang telah dirancang.

''Di Rembau ini, ia akan diteruskan pula di Rantau, Kota, Paroi dan seterusnya sehinggalah ke hujung tahun demi memperkasakan rakyat," jelasnya.

Sementara itu, dalam program yang telah berlangsung selama tiga hari sejak Jumaat lalu telah berjaya mendekatkan rakyat dengan tema mengutamakan pendidikan di kalangan rakyat.

''Sebanyak 24 gerai telah dibuka pada hari ini dan pelbagai program motivasi telah kita adakan demi meningkatkan taraf pendidikan anak- anak kita," ujarnya.

Seramai 78 orang pelajar cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) telah menerima hadiah galakan daripada Mohamad pada majlis berkenaan.



Bersedia untuk menyanyikan lagu Negaraku dan Juara Rakyat

Tuan Zaifulbahri Idris, ADUN Chembong menyampaikan ucapannya

Sdr. Khairy menyampaikan ucapannya dengan penuh semangat

YAB Dato' Seri Utama Hj. Mohaamad Bin Hj. Hasan menyampaikan ucapannya yang mendapat perhatian daripada 1500 orang tetamu yang hadir

UMNO adalah juara sebenar yang selama ini membantu rakyat walaupun seringkali diperkecil-kecilkan peranannya

Menteri Besar menyampaikan sumbangan kepada pelajar cemerlang UPSR 2009 DUN Chembong

Generasi pada hari ini perlu dididik dengan erti terima kasih sebenar untuk diamalkan dalam realiti kehidupan mereka

Mengunjungi khemah pendaftaran AHLI UMNO

SPR juga mengambil peluang untuk menjalankan kempen Daftar Pemilih bagi individu berusia 21 tahun ke atas

Sdr. Khairy bersama Dato' Hj. Azman, Setiausaha UMNO Perhubungan Negeri Sembilan di khemah UiTM

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin