Gambar: Mustaqim
10.00 pagi, Kg. Legong Jaya - Sempena sambutan Tahun Baru Cina yang akan disambut pada 14 Febuari nanti, Sdr. Khairy Jamaluddin berbesar hati untuk menyampaikan sumbangan hamper kepada 40 orang warga emas yang tinggal di Kg. Legong Jaya.
Kehadiran Sdr. Khairy di kampung tersebut disambut gembira oleh penduduk di sana di atas keperihatinan dan keramahan Ahli Parlimen Rembau yang sudi bertemu mereka. Dalam majlis tersebut, Sdr. Khairy juga telah berjanji untuk memberikan sumbangan sebanyak RM2000 kepada JKKK Kg. Legong Jaya untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dirancang.
Ucapan sambutan tahun baru Cina
11.00 pagi, Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan Rembau - Sdr. Khairy Jamaluddin telah mempengerusikan mesyuarat Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Rembau kali pertama 2010. Mesyuarat tersebut turut membincangkan pelaksanaan program SUBUR yang ditangguhkan sementara waktu serta pembangunan program-program pertanian di Parlimen Rembau.