Monday, February 1, 2010

22 JANUARI 2010 - BERSAMA RAKYAT DI PARLIMEN REMBAU DAN KAKITANGAN KEMAS

Oleh: Rizuan
Gambar: Takim


10.30 pagi - Sesi bertemu rakyat di Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Rembau telah memberi peluang kepada para pengundi dan rakyat di Rembau bertemu dengan Sdr. Khairy. Selain daripada mengadu masalah yang mereka hadapi, peluang ini juga memberi peluang kepada pelbagai lapisan masyarakat berkongsi idea dan perancaangan untuk membangunkan kawasan mereka.

1.00 t/hari - Sdr. Khairy telah berkunjung ke Masjid Pulau Besar untuk menunaikan Solat Jumaat disamping hasrat beliau untuk melihat perkembangan pembangunan yang berlaku di kampung tersebut. kahdiran beliau telh disambut oleh Sdr. Mahadir, Pengerusi JKKK dan para penduduk kampung tersebut.


Iktiqaf di Masjid Pulau Besar sementara menunggu waktu Solat Jumaat

Sdr. Mahadir menjemput Khairy untuk makan tengah hari dan kenduri kecil rumahnya

Mesra dan rapat dengan para pengundi di kawasannya

Sdr. Mahadir juga merupakan Pengerusi Majlis Belia Daerah Rembau

Hidangan masakan kampung yang membangkitkan selera para tetamu

Bersalaman dengan ahli keluarga Mahadir yang gembira dengan kehadiran Sdr. Khairy


2.30 petang - Menziarahi penduduk kampung baru baru meninggal dunia di Kampung Kundur Hulu dan Taman Pedas Perdana

Menziarahi ahli keluarga seorang warga emas yang meninggal dunia di kebun getah

Berbual dengan anak dan isteri arwah serta menyampaikan sumbangan ikhlas

Menziarahi keluarga arwah Mustafa yang meninggaal dunia akibat dihempap pokok semasa aktiviti gotong royong

Arwah meninggal seorang isteri dan dua orang anak yang masih kecil

Sdr. Khairy menyampaikan sumbangan kecemasan RM500 kepada keluarga magsa


3.30 petang -KEMAS Parlimen Rembau telah mengadakan Majlis Dialog dan Ramah Mesra Bersama Ahli Parlimen Rembau yang telah dihadiri oleh 150 orang kakitangan KEMAS dan tetamu jemputan. Majlis ini diadakan adalah untuk memberikan peluang kepada kakitangan KEMAS yang hampir dengan rakyat berdialog dengan Sdr. Khairy berkaitan isu-isu semasa terkini bagi disampaikan kepada rakyat di bawah.

Sdr. Khairy juga dalam ucapannya mengucapkan terima kasih di atas sumbangan besar yang telah dimainkan oleh pihak KEMAS dalam menyampaikan wadah dan agenda perjuangan pihak Kerajaan dalam membantu meningkatkan kehidupan rakyat.


Kebanyakan kakitangan KEMAS merupakan lantikan secara kontrak walaupun telah lama berkhidmat dengan agensi Kerajaan ini

Kakitangan KEMAS melaungkan slogan perjuangan mereka

Sdr. Khairy menerangkan beberapa isu semasa yang sedang berlaku dalam negara

Keupayaan Sdr. Khairy menerangkan isu-isu semasa dengan jelas amat memudahkan kakitangaan KEMAS menerangkannya kembali kepada masyarakat

Salah seorang kakitangan KEMAS bertanyakan soalan

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin