Friday, December 4, 2009

14 NOVEMBER 2009 - KHAIRY MERASMIKAN PROGRAM HOMESTAY PELAJAR JEPUN DI TAMAN PINGGIRAN SENAWANG

Oleh: Rizuan
Gambar: Adhira


3.00 petang, Taman Pinggiran Senawang - Program Homestay ini merupakan program kali ke-2 yang dianjurkan oleh KRT Taman Pinggiran Senawang bagi meraikan pelajar dari Chiba International Technology College Japan. Para pelajar ini telah tinggal bersama keluarga angkat mereka selama 3 hari bagi mempelajari budaya dan caaraa hidup masyarakaat yaang berbilang kaum di Malaysia.

Para keluarga Hometsy pula melambaangkaan suasana 1Malaysia dimana melibatkaan penyertaan kaum Melayu, India dan Cina. Dalam ucapan beliau, Sdr. Khairy memuji pendekataan yang diambil oleh En. Azmi, Pengerusi KRT Taman Pinggiran Senawang dalam menjayakan program ini.

Selain itu juga, bagi meningkatkan prasarana sukan untuk kegunaan para belia di taman tersebut, Sdr. Khairy telah meluluskan peruntukan untuk membaikpulih gelanggang sepak takraw dan pembelian peralatan sukan untuk kegunaan mereka.








Sdr. Khairy dipakaikan baju tradisional orang jepun sejurus ketibaan beliau di Taman Pinggiran Senawang

Sdr. Azmi menyampaikan ucapan aluan

Sdr. Khairy menyampaikan ucapan dalam Bahasa Melayu dan Jepun

Adik angkat yang akrab dengan abang angkatnya

Pelajar Jepun menyanyikan sebuah lagu dalam persembahan mereka

Sdr. Khaairy memeriksa api semasa demonstrasi masakan roti jala

Sdr. Khairy menerangkan sesuatu kepada pelajar Jepun tentang masakan yang sedang mereka siapkan

Pelajar Jepun turut serta dalam tarian tradisional Melayu

Sdr. Khairy melawat gelanggang sepak takraw yang telah rosak dan membahayakan keselamatan pengguna

Sebagai penyelesaian, Sdr. Khairy telah meluluskan peruntukan untuk membaikpulih gelanggang dalam tahun ini juga

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin