Thursday, December 3, 2009

14 NOVEMBER 2009 - KHAIRY MELAWAT PEMBINAAN SURAU TAMAN KEMUNING DAN MELIHAT PUNCA BANJIR DI TAMAN SRI SIANTAN DI DUN PAROI

Oleh: Rizuan

1.30 petang, Taman Kemuning, Senawang - Sdr. Khairy telah singgah sebentar di tapak Surau Taman Kemuning yang sedang dalam pembinaan. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Surau, kos pembinaan surau tersebut diperolehi melalui kutipan derma dan sumbangan individu terutamanya penduduk di taman tersebut.

Sdr. Khairy turut memuji semangat gotong royong dan kerjasama yang diberikan oleh semua penduduk, dan sebagai bantuan awal Beliau telah meluluskan peruntukan sebanyak RM10,000 bagi menampung kos pembinaan, dan akaan merujuk kepada Pejabat Daerah dan Tanah Seremban bagi membina jalan dan menurap halamaan surau tersebut.

Walaupun hujan, para penduduk bersemangat menunggu kehadiran YB Sdr. Khairy

Surau ini dibina dengan perbelanjaan sendiri dan teknologi terkini yang lebih menjimatkan

Mendengar penerangan daripada Ahli Jawatankuasa Pembinaan Surau

Sdr. Khairy melihat keadaan di bahagian dalam surau

Batu-bata yang digunakan tidak memerlukan penggunaan konkrit yang banyak dan tidak perlu di'plaster'

Berbual dengan salah seorang penduduk yang tinggal bersama anaknya di taman tersebut


2.00 petang, Taman Sri Siantan - Seperti yang telah dilaporkan sebelum ini, Taman Sri Siantan juga berdepan dengan ancaman banjir kesan daripada perancangan pembangunan yang tidak sempurna.

Bagi melihat sendiri aduan yang telah dibuat oleh En. Fauzi, wakil penduduk di taman tersebut, Sdr. Khairy telah pergi melihat sendiri keadaan yang sebenar setelah mendapat laporan penuh daripada Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Rembau tentang kes yang berlaku.

Hasil daripada lawatan tersebut, Sdr. Khairy telah menyatakan komitmen beliau untuk merujuk kes tersebut kepada pihak yang sewajarnya dan mencadangkan langkah-langkah pengawalan bagi mengelakkan kejadian banjir daripada berulang sekali lagi.

En. Fauzi menerangkaan serba sedikit tentang kejadian banjir yang telah beberapa kaali berlaku di Taman Sri Siantan

Sdr. Khairy tidak keberatan untuk pergi melihat bekas kolam tadahan air semulajadi yang telah ditimbus beberapa tahun yang lalu

Dahulunya kolam tadahan air semulajadi ini luas dan airnya sungguh jernih

Pihak kontraktor MPS membuat pengawalan sementara bagi mengelakkan kejadian banjir setelah menerima laporan daripada Sdr. Khairy 2 hari sebelumnya

Kerja-kerja mendalamkan kolam sedang dijalankan semasa ketibaan kami di sana

Pihak penduduk mengharapkan satu penyelesaian jangka panjang bagi mengelakkan kejadian banjir berlaku

En. Fauzi menunjukkan laporan dan surat aduan yang telah dibuat semenjak beberapa tahun yang lalu

Sdr. Khairy meneliti setiap laporan yang diberikan dan berjanji akan membantu sebaik mungkin

En. fauzi tidak keveratan menunjukkaan maanuskrip lama yang disimpin sebagai sebahagian daripada koleksi peribadinya

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin