Thursday, December 24, 2009

11 DISEMBER 2009 - SESI PENERANGAN PROJEK K-MASJID OLEH MIMOS BERHAD

Oleh: Rizuan

Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Rembau - Sebagai satu langkah untuk mendekatkan jurang digital di kawasan luar bandar dan memanfaatkan kemudahan teknologi maklumat di masjid, Sdr. Khairy telah berjaya mendapatkan peruntukan dari Kementerian Sains Teknologi Dan Inovasi (MOSTI) bagi melengkapkan Masjid Jamek An-Nur Pekan Rembau dengan kemudahan K-Masjid.

Dalam sesi tersebut, Pn. Muriani dari MIMOS Bhd., selaku penyelaras projek ini bagi pihak MOSTI memaklumkan bahawa Masjid tersebut akan dilengkapi dengan sebuah pusat pembelajaran komputer, alat bantuan khutbat (skrin dan projektor) serta papan hebahan maklumat elektronik.

Projek ini dijangka akan dimulakan secara rasmi pada penghujung Januari 2010, dan pembiayaan bagi kelas komputer akan tamat pada tahun 2012. Pihak MIMOS juga menasihatkan agar pihak Masjid selaku penggerak program ini dapat mencari langkah persediaan untuk mencari sumber kewangan sendiri terutamanya selepas tempoh penajaan tersebut tamat.

Dalam ada itu, Sdr. Khairy dalam ucapan ringkasnya sebelum ke Mesyuarat Barisan Nasional Bahagian Rembau mengucapkan terima kasih kepada pihak MOSTI dan MIMOS kerana telah memilih Parlimen Rembau sebagai projek pertama K-Masjid di Zon Selatan Semenanjung Malaysia. Beliau juga mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh AJK Masjid An-Nur dan berharap agar projek ini dapat dimanfaatkan dengan baik demi kemajuan penduduk di Parlimen Rembau.


Sdr. Khairy dan AJK Masjid An-Nur sedang mendengar taklimat daripada Pn. Muriani

Pn. Muriani melawat Masjid An-Nur bersama dengan Mejar (B) Tn. Hj. Bahaman, Setiausaha Masjid (kiri) dan AJK Masjid

Melihat bilik kawalan sambil diberi penerangan oleh En. Nazar, Bilal Masjid

Melawat bilik yang boleh digunakan sebagai Pusat IT

Dewan pembelajaran terbuka yang digunakan sebagai pusat tuisyen

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin