Thursday, June 11, 2009

LAPORAN KERJA BERSAMA AHLI PARLIMEN REMBAU - 7 JUN 2009

Oleh: Shaharizan
Gambar: Faizul, AJK Pemuda Rembau


Pada hari Ahad yang lalu, YB Khairy sempat meluangkan masa di Parlimen Rembau walaupun agak sibuk dengan beberapa urusan rasmi pada hari tersebut.

Pada hari tersebut, YB Khairy meluangkan masa untuk menghadiri 5 buah jemputan kenduri kahwin di Kg. Chengkau, Kg. Tanjung Sena, Taman Desa Permai Pedas, Kg. Kundur Hulu dan di Kg. Masjid Tanah Chembong.

YB Zaifulbahri, ADUN Chembong turut bersama-sama YB Khairy meraikan hari bersejarah bagi semua raja sehari itu. Kehadiran kedua-dua Yang Berhormat di majlis tersebut bukan sahaja menceriakan tuan rumah, malah menggamit suasana kegembiraan dan riuh rendah di kalangan jemputan dan penduduk yang berkesempatan bertemu dengan pemimpin muda ini.

Setelah kenyang dengan hidangan nasi minyak dan lauk pauk yang enak, kami semua berangkat ke Balai Raya Kg. Sega bagi menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan UMNO Cawangan Kg. Sega, Rantau.

Dalam majlis tersebut, YB KJ telah menyampaikan sepatah dua kata kepada semua yang hadir, dan antara ulasannya adalah UMNO pada hari ini tidaklah seburuk yang digambarkan oleh pihak pembangkang. Selama ini, banyak kerja-kerja baik yang telah dilakukan di bawah panji Barisan Nasional yang membantu semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan budaya.

Kecenderungan masyarakat sejak kebelakangan ini juga sudah mula berubah, dan UMNO perlu sentiasa berada selangkah ke hadapan bagi memastikan kita sentiasa peka dengan perubahan semasa.


Gambar di Balairaya Kg Sega

Mengucapkan tahniah kepada semua yaang hadir kerana masih setia dan bersatu di bawah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu

Meminta agar perjuangan UMNO pada hari ini diterapkan di kalangan jiwa muda agar mereka faham perjuangan UMNO yang sebenar

UMNO perlu lebih kreatif dalam melaksanakan program-program yang dekat dengan hati masyarakat.

Mengharapkan agar barisan kepimpinan UMNO Cawangan Kg. Sega berjaya melaksanakan Mesyuarat Tahunan pada kali ini.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin