Friday, June 26, 2009

DANA TEKUN DITAMBAH. USAHA KETUA PEMUDA UMNO MELAYSIA MENDAPAT PERHATIAN KERAJAAN!!

Ulasan YB Khairy dalam rembau.net

Semasa perbahasan usul Menteri Kewangan bagi pengemaskinian dan pemindahan dana kerajaan lanjutan daripada penyerapan agensi-agensi Kerajaan yang dahulunya di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, saya sekali lagi telah bangkitkan isu kekurangan dana Tekun memandangkan kepentingannya kepada peniaga-peniaga kecil khususnya di kawasan-kawasan luar bandar seperti Rembau.

Sukacita saya berkongsi di sini bahawa, ekoran dari ucapan saya, Timbalan Menteri Kewangan, YB Senator Dato' Dr Awang Adek Hussein, dalam ucapan penggulungannya telah mengumumkan bahawa kerajaan akan menaikkan dana Tekun sebanyak RM100 juta pada tahun ini. Ini adalah satu perkembangan yang amat positif serta memberansangkan dan Pemuda UMNO amat berterima kasih atas keperihatinan kerajaan yang dizahirkan melalui penambahan dana Tekun tersebut.

Teruskan bersuara demi kepentingan RAKYAT!!!


Sentiasa dekat dengan rakyat untuk mendapat maklumat terus daripada mereka


Bantuan TEKUN amat diperlukan oleh para peniaga seperti peniaga pasar malam ini


Golongan Belia dan Usahawan Muda adalah golongan yang sentiasa memerlukan bantuan TEKUN untuk memulakan perniagaan


Golongan wanita juga mendapat peluang untuk menambahkan pendapatan keluarga melalui pinjaman TEKUN untuk memulakan perniagaan

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin