Thursday, December 18, 2008

Pengalam Sehari di Hari Raya Aidil Adha Bersama YB Khairy

Oleh: Ardana, AJK Pemuda UMNO Bahagian Rembau.

p/s: Saya dilindungi oleh Wartawan TV3...

Ini adalah pengalaman kami mengikuti YB Khairy semasa Hari Raya Haji/Korban pada 8 Disember yang lalu.

8.30 pagi - YB Khairy telah sampai di Masjid Taman Rasa Sayang, Paroi untuk sama-sama menunaikan Solat Hari Raya Aidil Adha bersama penduduk di dalam kariah masjid tersebut. Ketibaan Beliau disambut gembira oleh jemaah yang hadir kerana kata mereka, inilah kali pertama 'Yang Berhormat' bersolat bersama-sama mereka di pago raya.

10.00 pagi - Mengunjungi rumah Bekas Imam, Tuan Haji Muhamad Bin Mahyudin yang juga merupakan penceramah agama yang mengajar di Masjid tersebut. Kehadiran YB Khairy amat ditunggu-tunggu oleh seluruh ahli keluarga Tuan Haji Muhamad. Kami yang turut ke sana menikmati jamuan Hari Raya di bawah khemah disulami dengan renyai-renyai gerimis Aidil Adha.

10.30 pagi - Kembali ke Masjid untuk acara Sembelihan Lembu Korban. YB Khairy telah menyedekahkan sebanyak 20 ekor lembu pada tahun ini kepada masjid-masjid di dalam parlimen Rembau, atau 5 ekor lembu untuk setiap DUN. Para petugas sembelihan terpaksa bekerja di bawah hujan yang semakin lebat pada hari itu.

11.15 pagi - Singgah sebentar di Masjid Taman Tuanku Jaafar, Sungai Gadut untuk melihat pelaksanaan sembelihan di sana. Atas sebab teknikal, lembu yang disedekahkan oleh YB Khairy tiba 5 minit selepas ketibaan kami di sana.

12.15 t/hari - Dijemput oleh ahli keluarga keturunan Mahaya dan Bulat yang mengambil kesempatan pada hari Raya AidilAdha ini bagi mengumpulkan seluruh ahli keluarga daripada 7 generasi keturunan. Walaupun hujan, majlis tersebut berjalan dengan lancar dan YB Khairy telah merasmikan laman web keluarga tersebut yang akan memaparkan aktiviti dan cerita terkini ahli keluarga mereka.

Selepas itu, barulah kami berkesempatan beraya dengan ahli keluarga dan mengunjungi sanak saudara.

Tapi, hujan yang datang juga membawa banjir bersama. Ada la kawan yang kena sambung kerja.. Salam...


Gambar Sekitar Majlis Perhimpunan Keluarga Mahaya dan Bulat

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin