Tuesday, October 6, 2009

TOK MAT DAN KHAIRY DI PROGRAM KEM KESIHATAN DI LADANG BRADWALL

Oleh: Rizuan / Gambar Bro Jinggo

5 Oktober 2009, Ladang Bradwall - Saudara Khairy Jamaluddin telah meneruskan aktiviti kempennya di DUN Bagan Pinang bersama YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan dalam usaha memenangi hati pengundi terutamanya masyarakat India yang turut dihadiri oleh YB VS Morgan, Ahli EXCO Kerajaan Negeri Sembilan.

Dalam majlis tersebut, pengundi-pengundi dinasihatkan untuk menolak propaganda pembangkang yang selama ini telah terbukti lebih banyak menimbulkan salah faham dan kekacauan daripada membantu masyarakat di luar bandar.

Mereka juga perlu sedar bahawa bantuan yang diberikan oleh pihak Kerajaan untuk menjaga masyarakat India selama ini tidak pernah terhenti, atau mengikut musim seperti yang diamalkan oleh Pakatan Rakyat. Jelas dengan bantuan-bantuan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pelajaran serta pelbagai lagi menunjukkan komitmen Kerajaan dalam membantu rakyat setiap hari tanpa sebarang perbezaan warna kulit atau agama.

Program tersebut yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bertuan untuk memberikan pemeriksaan kesihatan percuma kepada penduduk agar mereka tahu kondisi kesihatan mereka. Menurut jurucaakap program, rakyat dinasihatkan memeriksa status kesihatan mereka paling minima setahun sekali.


Menyampaikan sumbangan kepada yang memerlukan

Bersama jentera Pemuda Barisan Nasional
Bersalaman dengan Jentera Pemuda BN Bagan Pinang

Ketibaan YAB Menteri Besar di Ladang Bradwall

Bersalaman dengan wakil penduduk di kampung berhampiran

Ketibaan Menteri Besar disambut meriah oleh masyarakat India

Pemimpin Barisan Nasional mesra rakyat

Ucapan daripada YAB Menteri Besar

Penduduk dinasihatkan untuk membuat keputusan secara rasional, dan menimbangkan segala jasa yang telah dibuat oleh BN selama ini

Menyampaikan sumbangan kepada warga emas

"Terima Kasih Tok Mat!", mungkin itu yang diungkapkan oleh nenek ini

Nizar Cuba Bohong Rakyat Bagan Pinang

SINAR HARIAN, 6 Oktober 2009

PORT DICKSON - Pakatan Rakyat kini terdesak dengan membuat pembohongan besar kepada orang ramai termasuk ahlinya dengan menyatakan calon Barisan Nasional (BN) Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad tidak mendapat sokongan pemimpin BN.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, tindakan yang dilakukan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dengan menyatakan demikian adalah bersifat terdesak.

“Semua media termasuk elektronik dan cetak menyiarkan gambar dan temu bual hampir semua pemimpin BN, tetapi Nizar menyatakan sebaliknya.

“Ini menandakan beliau cuba membohongkan orang ramai termasuk ahli Pakatan Rakyat sendiri, saya tahu rakyat kini pandai menilai perkara sebenar,” katanya ketika diminta mengulas kenyataan bekas Menteri Besar Perak itu ketika berceramah di Markas Induk Pas membuat tuduhan calon pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, Tan Sri Isa Samad tidak mendapat sokong tertinggi sebagai calon.

Dalam ceramahnya, Mohamad Nizar memberitahu hadirin yang Muhyiddin dan Mohamad tidak hadir mengiringi Mohd Isa ke proses penamaan calon.

Sementara itu, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, perbuatan Nizar itu jelas sebagai satu pembohongan terbesarnya.

“Padahal, saya dan Muhyiddin antara yang mengetuai rombongan mengiringi calon memasuki ke kawasan penamaan calon. Semua media menyiarkan perkara itu, tetapi bagaimana dia boleh mengatakan saya tidak hadir,” katanya.

Wednesday, September 30, 2009

Pemuda Akan Jelajah Kawasan Termasuk Estet Di Bagan Pinang – Khairy



Putrajaya -- Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin berkata pihaknya akan bergerak ke segenap pelusuk sehingga kawasan estet yang bermajoriti kaum India dalam usaha mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

Menurut beliau gerakan tersebut yang dilaksanakan atas platform Pemuda BN itu diharap mampu menterjemahkan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada BN pada hari pengundian nanti.

“Kita berharap semua pemimpin BN juga mengambil tindakan sama kerana terdapat empat peti undi daripada lapan yang majoritinya kaum India, jadi kita perlu sokongan daripada parti yang mempunyai pemimpin daripada kaum itu.

"Saya sudah bermesyuarat dengan Pemuda MIC sebelum Aidilfitri lalu dan mereka bersetuju bekerjasama sebagai satu pasukan.
Beliau berkata demikian pada sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, di sini, Sabtu.

Bagan Pinang terletak dalam Parlimen Telok Kemang yang mempunyai lima kerusi DUN dengan tiga milik pembangkang, iaitu Chuah dimenangi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lukut (DAP) dan Port Dickson (PKR), manakala satu lagi kerusi, DUN Linggi dimenangi BN.

Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO seterusnya berkata pilihan raya kecil kali ini sangat penting selepas kekalahan BN di beberapa pilihan raya kecil sebelum ini.

“Kerusi itu kerusi BN, terletak dalam negeri yang boleh dikategorikan sebagai negeri selamat berbanding Kelantan dan Permatang Pauh. Saya yakin kita mampu mempertahankan kerusi itu berdasarkan sokongan dan bantuan yang akan diberikan kepada BN," katanya.

Pada masa yang sama beliau turut memberitahu, Pemuda BN tidak mempunyai masalah untuk berdepan dengan pilihan raya kecil berkenaan.

“Jentera kita di Teluk Kemang adalah kuat dan bersatu untuk memastikan kemenangan BN kelak”, katanya.

Oleh S.A Najmuddin

Tuesday, September 22, 2009

RAKYAT REMBAU GEMBIRA BERHARI RAYA DENGAN SDR. KHAIRY PADA 1 SYAWAL, DI MASJID AN-NUR PEKAN REMBAUJAMEK

Oleh: Rizuan@facebook
Gambar: Adhira@facebook

Ucapan Sdr. Khairy di Rembau.net:-

Assalamualaikum wbt. Di penghujung Ramadhan, saya dan keluarga ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin kepada seluruh umat Islam di Malaysia dan serata dunia. Kami berharap hari lebaran esok akan disambut dengan penuh keinsafan dan kesyukuran atas limpah kurnia Allah swt kepada negara kita.

Khusus kepada pembaca blog saya, serta sesiapa yang mengikuti perkembangan politik saya melalui platform yang lain, saya menyusun jari memohon ampun maaf sekiranya ada sebarang kesilapan yang diperlakukan atau terserlah mana-mana kekurangan saya selaku hamba Allah yang biasa. Semoga Syawal ini akan membawa kepada perpaduan di antara kita rakyat 1Malaysia - memperkasakan ummah demi kesejahteraan semua.

Berikut adalah gambar Saudara Khairy semasa pada 1 Syawal, bersolat Hari Raya Aidilfitri di Masjid Jamek An-Nur Pekan Rembau bersama AJK Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Rembau.

Pada kesempatan tersebut, beliau turut mengambil peluang meraikan kanak-kanak yang datang dengan memberikan Duit Raya kepada mereka sebagai galakan untuk teruskan ibadah berpuasa untuk masa-masa yang mendatang.

Selamat hari Raya Aidilfitri dari kami di RembauNews..


AJK Pemuda Rembau Dari kiri: Fahmi, Norzie, Nazmi, Adhira dan Khairy

Bersalam-salaman dengan rakyat yang datang

Menyambut ketibaan YTM Dato' Lela Maharaja Dato' Haji Muhamad Sharip Bin Haji Othman, Undang Luak Rembau

Kehadiran Sdr. Khairy di Masjid An-Nur amat disenangi oleh Rakyat Rembau

Mesra dan Ramah dengan rakyat

Berbual dengan orang kuat Pejabat Pelajaran Daerah Rembau

Memberikan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak

Kanak-kanak beratur bersalaman dengan Sdr. Khairy, tidak lupa salam berisi duit raya

Tradisi ini amat baik dan harus diteruskan oleh semua wakil rakyat bagi mendekati masyarakat pelbagai peringkat usia

Sdr. Adhira dan Khairy tidak menang tangan pada pagi yang indah dan penuh rahmat tersebut

Kanak-kanak pulang dengan perasaan gembira dan akan bercerita dengan keluarga mereka tentang pengalaman ini, inilah di pemimpin Barisan Nasional yang baik hati

Thursday, September 17, 2009

KHAIRY DAN PEMUDA REMBAU MERAIKAN RAKAN MEDIA NEGERI SEMBILAN

16 September 2009, bertempat di Hotel Klana Resort, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Rembau telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Rembau bersama Media Negeri Sembilan.

Majlis yang julung-julung kali ini diadakan oleh Pergerakan tersebut adalah bertujuan untuk meraikaan para wartawan akhbar dan media elektronik yang selama ini telah bertungkus lumus mencari dan memaparkan berita terkini dalam memastikan rakyat mendapat maklumat yang segar setiap hari.

Menurut Sdr. Khairy, hubungan antara para wartawan dengan ahli politik memang tidak dapat dipisahkan, dimana ahli politik memerlukan liputan media untuk terus segar, ibarat oksigen kepada mereka. Manakala, para wartawan memerlukan ahli politik untuk mendapatkan cerita yang boleh digunakan dalam bahan berita mereka.

Sementara itu, majlis tersebut telah dihadiri seramai 30 orang wartawan dan jurugambar serta seluruh Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Rembau.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin...


Sdr. Nazmi, Ketua Penerangan Pemuda UMNO rembau mempengerusikan majlis pada lama itu.

Duduk semeja dengan para wartawan dalam suasana santai membolehkan mereka berbincang dalam keadaan yang terbuka tentang pelbagai isu

Antara para wartawan yang hadir pada majlis tersebut

Sdr. Khairy menyampaikan ucapan terima kasih kepada para wartawan di atas sumbangan mereka selama ini

AJK Pemuda UMNO Rembau yang hadir

Sdr. Zailan dan Sdr. Ridhuan mendengar ucapan dari Ketua Pemuda UMNO Malaysia

Susana meriah semasa majlis berbuka

Para wartawan mendengar ucapan Sdr. Khairy

Sesi sidang akhbar turut menyentuh isu Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang

Antara sahabat Pemuda Rembau yang turut hadir

Bergambar kenang-kenangan bersama rakan media

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin