Sunday, November 15, 2009

13 Nov 2009 - KHAIRY MERASMIKAN PENUTUPAN KEJOHANAN SUKAN SK PEDAS DAN 'WALKABOUT' DI KG. KUNDUR HILIR DAN TENGAH

Oleh: Rizuan
Gambar: Noor Shahini/Shaharizan


10.00 pagi, SK Pedas, Rembau - Sdr. Khairy telah dijemput untuk merasmikan penutupan Kejohanan Sukan Tahunan SK Pedas yang telah berlangsung dengan meriahnya. Kehadiran beliau di SK Pedas disambut gembira oleh para ibu bapa yaang turut memberikan sokongan kepada anak-anak mereka pada hari tersebut.

Dalam ucapannya, beliau amat berbangga dengan usaha pihaak sekolah dalam menganjurkan kejohanan sukan ini, yang mampu untuk meningkatkaan semangat berpasukan di kalangan murid. Beliau juga bermurah hati untuk menyumbangkan sebanyak RM2000 bagi kegunaan sekolah tersebut dalam apa juga aktiviti yang dilaksanakan demi kebaikan murid.

Dari kiri: Puan Hjh. Norehan Khamsiah, Guru Besar SK Pedas; En. Azali, Wakil Pegawai Pelajaran Daerah Rembau dan Sdr. Khairy Jamaluddin

Antara guru besar sekolah berhampiran yaang sempat hadir

Tn. Haji Anuar, Wakil Khas Ahli Parlimen Rembau turut hadir

Para ibu bapa yang hadir memberikan sokongan dan dorongan

Ucapan aluan daripada Guru Besar SK Pedas

Ucapan penutupan daripada Sdr. Khairy

Pasukan rumah biru

Pasukan rumah kuning

Pasukan rumah merah

Pasukan rumah hijau

Menyampaikan bantuan Kumpulan Wang Pelajar Miskin kepada penjaga

Menyampaikan hadiah sukaneka kepada ibu bapa yang mengambil bahagian

Menyampakan hadiah acara olahraga perempuan

Menyampaikan hadiah acara olahraga lelaki

Hadiah saguhati kepada murid SJK(T) yang bertanding dalam acara jemputan

Olahrawan SK Pedas menerima piala

Menyampaikan piala kepada olahragawati SK Pedas

Rumah hijau menjuarai kejohanan sukan tahun 2009

Melawat cerun bukit bagi tapak pembinaan SMK Pedas yang dikhuatiri membahayakan SK Pedas kerana kedudukannya yang terlalu tinggi

Sdr. Nadzmi memberikan pandangan profesionalnya sebagai seorang jurutera


11.30 pagi, SBP Sekolah Menengah Sains Rembau - Sdr. Khairy telah membuat lawatan tergempar ke Sekolah Menengah Sains Rembau yang bakal menerima kehadiran pelajar baru pada sesi persekolahan tahun hadapan.

Semasa ketibaan beliau di sekolah tersebut, pihak pentadbir sekolah yang baru diserap masuk ke sekolah tersebut sedang bermesyuarat dan terkejut dengan kehadiran Sdr. Khairy dan En. Azali ke sana.

Pihak sekolah mengambil peluang tersebut untuk menerangkan persiapan mereka ke arah pembukaan sekolah tersebut, dan turut memaklumkan bahawa hampir 70% daripada pelajar yaang akan diambil datangnya dari Parlimen Rembau.

Kakitangan SM Sains Rembau terkejut dan gembira dengan kehadiran Sdr. Khairy

Berdialog dengan pentadbir sekolah

Pihak sekolah dilihat amat komited untuk bersaing dengan SBP sedia ada dan menjadi yang terbaik

Perkarangan ruang tengah sekolah tersebut yang cantik mata memandang

Sdr. Khairy diminta untuk menandatangani buku kehadiran pelawat

Bergambar dengan para pentadbir dan guru

Melawat di sekitar kawasan sekolah


12.00 tengah hari, Kg. Kundur Hilir - "walkabout" di kampung ini adalah untuk melihat sendiri usaha yaang sedang dibuat oleh para pengusaha projek pertanian dan penternakan yang telah disenaraikan sebagai penerima projek infrastruktur dan projek kecil pertanian Parlimen Rembau.


Bersama En. Mahat yang merupakan Ketua UMNO Cawangan dan merupakan ketua dalam projek pertanian berkelompok yaang telah menerima peruntukan RM10,000 dari Ahli Parlimen Rembau di bawah projek saliran pertanian

En. Mahat menunjukkan jenis-jenis tanaman yaang dilaksanakan secara berkelompok ini

Tanaman melalui teknik integrasi boleh menjimatkan ruang tanah pertanian dan meningkatkaan kesuburaan tanah

Bersalam-salaman dengan AJK Wanita UMNO Cawangan yang turut haadir

Pn. Nora yang mengusahakaan kolam ikan air tawar bakal menerima peruntukan baka dan makanan ikan di bawah projek kecil pertanian sebanyak RM5,000

Inilah kolam yang akan menempatkan anak-anak ikan yang akan diterima nanti

Pemuda dan Belia juga melaksanakan projek penternakan ikan air tawar bagi menambahkan pendapatan sampingan mereka

Sdr. Kamaruz, Ketua Pemuda UMNO Cawangan memohon sedikit peruntukan bagi membeli pagar bagi 2 buah kolam yang sedang diusahakan

Melawat Masjid Kg. Kundur Hilir yang memerlukan sedikit peruntukan bagi projek naiktaraf tandas

Keadaan tandas di masjid lama yang terletak bersebelahan perlu dibaiki dengan segera

Sdr. Khairy melawat Tabika Kemas Kg. Kundur Hilir dan bersetuju untuk menyumbangkan pemasak air dan dapur

Melawat En. Mohd Ghazar Mohamad yang baru sahaja menjalani pembedahan akibat penyakit kenciung manis yang dihadapinya

Kaki kiri Pengerusi JKKK ini terpaksa dipotong bagi mengelakkan kemudaratan yaang boleh memberi risiko yang lebih besar

Sdr. Khairy bersimpati dengan apa yang telah berlaku, dan menasihatkan En. Ghazar supaya menjaga pemakanan bagi mengelakkan berlakunya masalah sampingan yang lain.


1.00 tengah hari, Solat Jumaat di Masjid Kundur Tengah - Dalam program beliau paada kali ini, Sdr. Khairy berkesempatan solat Jumaat di Masjid Kundur Tengah. Dalam pada masa yang sama, beliau juga ingin melihat sendiri laporan yang telah dihantar oleh pihak AJK Masjid yang ingin memohon sedikit peruntukan bagi memperbaiki karpet yang telah rosak.

Setelah melihat sendiri, Sdr. khairy bersetuju untuk memberikan sumbangan sebanyak RM5000 bagi menampung kos mebeli karpet yang baru.

Bersalam-salamaan dengan jemaah masjid selepas selesai solat

Makan Tengah hari di kedai milik isteri En. Rashid, Pengerusi JKKK Kg. Kundir Tengah

Masakan tradisional yang ada di kedai ini amat menyelerakan, singgah dulu baru tahu.

Saturday, November 14, 2009

11 NOV 2009 - KHAIRY MENYOKONG PENUH USAHA KG. BATANG NYAMOR

Oleh: Rizuan

Pada 11 November 2009 yang lalu, Sdr. Khairy telah sempat singgah sebentar di Kampung Batang Nyamor yang telah terpilih mewakili Daerah Rembau dalam Pertandingan Desa Cemerlang peringkat Negeri Sembilan.

Kehadiran beliau ke kampung tersebut jelas menunjukkan bahawa beliau sentiasa memberikan sokongan terhadap segala usaha yang telah dilakukan oleh Kg. Batang Nyamor dalam memajukan kampung mereka sebagai sebuah destinasi pelancongan di Rembau.

Secara ringkas, Kg. Batang Nyamor mempunyai beberapa produk pelancongan yang berdaya saing seperti Gunung Datuk, Pusat Rekreasi keluarga di kaki Gunung datuk, Homestay dan produk makanan tradisional serta kraftangan.





Sdr. Khairy berbangga dengan semangat penduduk di Kg. Batang Nyamor yang telah berjaya menukarkan kampung mereka menjadi destinasi pelancongan keluarga

Pengadil memaklumkan bahawa Sdr. Khairy adalah satu-satunya wakil rakyat yang mereka temui memberikan sokongan selepas menghakimi 4 kampung sebelumnya

Menyampaikan sedikit buah tangan produk makanan tradisional

Sdr. Apak bersama Sdr. Jamal (belakang) terlibat aktif dalam GUSANA (Gugusan Anak Seni Batang Nyamor)

Monday, November 9, 2009

7 NOV 2009 - WALKABOUT PILIHAN KHAIRY UNTUK BERTEMU MASYARAKAT

Oleh: Rizuan
Gambar: Adhira

Pada hari ini Sdr. Khairy meluangkan masa untuk pergi membuat lawatan secara tidak formal bagi bertemu rakyat di Parlimen Rembau, disamping untuk menyelesaikan beberapa aduan yang diterima di Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Rembau.

Sesi 'walkabout' kali ini dimulakan dengan Solat Zohor do Masjid Tanah Datar, Kampung Chengkau. Selain daripada menunaikan kewajipan untuk menunaikan solat, kehadiran beliau di sana adalah bertujuan untuk menilai permohonan Masjid dan JKKK kampung tersebut yang memohon peruntukan untuk memagar kawasan tanah perkuburan bersebelahan dengan masjid tersebut.

Setelah diteliti, Sdr. Khairy bersetuju untuk menurunkan peruntukan bagi menyambung kerja-kerja memagar kawasan kubur tersebut, yang tidak dapat disiapkan sepenuhnya kerana kewangan yang terhad. Selain itu, beliau juga bersetuju untuk membaikpulih papan tanda kubur yang sudah rosak.

Tn. Hj. Ibrahim Aman mengimamkan Solat Zohor

Menikmati jamuan ringan yang disediakan oleh pihak masjid

Melawat struktur masjid lama yang masih digunakan sebagai kelas agama dan mesyuarat

Melihat papan tanda yang sudah terhakis dan perlu dibaiki

Pagar lama yang sudah mula mereput dan berkarat


Perjalan Sdr. Khairy diteruskan ke Pekan Chengkau di mana beliau ingin melihat perkembangan perniagaan Tn. Haji Abdul Wahab (klik untuk laporan sebelum ini) berkenaan pemindahan peniaga bagi kerja-kerja merobohkan bangunan kedai Majlis Daerah Rembau bagi memberi laluan kepada pelebaran projek jambatan bagi pembinaan landasan berkembar keretapi.

Dalam lawatan tersebut, beliau juga sempat meninjau keadaan pekan lama ini, dan berpandangan bahawa sesuatu perlu dilakukan bagi menaiktaraf kawasan tersebut.

Tuan Haji Abdul Wahab telah memindahkan perniagaannya ke kedai yang berhampiran, namun memohon kerjasam Sdr. Khairy bagi membina awning di hadapan kedainya bagi mengelakkan tempias hujan.

Sdr. Khairy ditemani oleh Tn. Haji Annuar dan En. Latif, AJK UMNO Bahagian Rembau dan Ketua UMNO Cawangan Chengkau merangkap Ahli Majlis Daerah Rembau

Berbual dengan pemilik kedai makan yang menghidangkan masakan tradisional Negeri Sembilan

Menikmati makan tengah hari di depan Pasar Chengkau


Setelah selesai aktiviti di DUN kota, Sdr. Khairy pergi ke DUN Chembong untuk bertemu dengan para penjaja di depan pasaraya FRESCO yang telah berpindah ke lokasi perniagaan baru yang lebih teratur dan selesa.

Dalam perbualan dengan penjaja, mereka menyatakan bahawa lokasi baru ini adalah lebih baik dan memberikan lebih banyak keselesaan kepada pengunjung, namun mereka berharap agar Sdr. Khairy dapat membantu menambahkan lagi atap (awning) di hadapan gerai mereka bagi memberuikan lebih keselesaan kepada pengunjung terutamanya ketika panas terik dan hujan.

Tempat baru ini lebih baik berbanding sebelumnya, maklumbalas yang diterima daripada peniaga ini

Peniaga ini telah berniaga selama sebelas tahun di kawasan tersebut, dan dia berharap agar Sdr. Khairy dapat membantu menambah atap di hadapan gerai ini

Sdr. Khairy akan meneliti permohonan yang dikemukakan dan akan dibawa berbincang dengan pihak Fresco selaku pemilik gerai

Peniaga ini juga memberikan maklumbalas yang positif terhadap gerai baru ini

Memberikan komen kepada wartawan akhbar Sinar Harian berkenaan sesi lawatan kali ini


Sebelum pulang ke Kuala Lumpur, Sdr. Khairy sempat singgah di kediaman rumah kedai Chong Chee Hong bagi menziarahi keluarga tersebut, yang baru kematian bapanya di Pekan Rantau. Lawatan tersebut juga dihadiri oleh para pemimpin Pemuda Barusan Nasional Rembau yang lain.

Menguapkan takziah kepada keluarga En. Chong

Bersalaman dengan saudara mara yang hadir

Berbual dengan para pemimpin MCA Cawangan Rantau


Sebelum pulang, Sdr. Khairy singgah minum sebentar di Kedai Mamak 24Jam yang terkenal di Rantau untuk minum dan berjumpa dengan rakan-rakan pemuda yang sedang bersiap sedia berkumpul untuk ke Stadium Bukit Jalil.

Bersama dengan Sdr. Safrul, Naib Ketua Pemuda Bahagian Rembau

Bersalaman dengan rakan pemuda yang akan ke Bukit Jalil

Bersalaman dengan para pengunjung yang singgah makan di gerai tersebut

6 NOV - KHAIRY BERTEMU PELAJAR CEMERLANG SMK DATO' SEDIA RAJA DAN IBU TUNGGAL DI FLAT SERI PAROI

Oleh: Rizuan
Gambar: Shaharizan


6 NOV 2009, Rembau - Sdr. Khairy telah meluangkan masa beliau untuk bertemu para pelajar, para guru dan ibu bapa sempena Majlis Hari Graduasi dan Anugerah Kecemerlangan 2009 SMK Dato' Sedia Raja yang berlangsung di dewan sekolah tersebut.

Majlis tersebut diadakan bagi memberikan pengiktirafan kepada para pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan SPM dan PMR tahun 2008 serta para pelajar yang cemerlang dalam aspek sukan, ko-kurikulum dan kempimpinan.

Dalam ucapan beliau, Sdr. Khairy turut memberikan isnpirasi dan motivasi kepada para pelajar untuk meneruskan kecemerlangan mereka dalam bidang pendidikan walaupun telah keluar dari pengajian peringkat menengah.

Menurutnya, untuk mencapai status sebuah negara yang maju, 70% penduduk di negara tersebut perlu mempunyai tahap pendidikan sekurang-kurangnya sijil kemahiran dan diploma dan lebih baik lagi jika mempunyai ijazah.

Ini kerana, kualiti yang ada di negara tersebut adalah modal insan terbaik, dan kerajaan di bawah pimpinan Barisan Nasional sehingga hari ini telah berjaya membuka peluang untuk belajar sama dengan pembinaan institusi penddidikan berbentuk kemahiran dan IPTA yang semakin bertambah, demi kemudahan rakyat Malaysia.


Ketibaan Sdr. Khairy disambut oleh para pelajar, ibu bapa dan guru SMK Dato' Sedia Raja

Para tetamu yang hadir

Ucapan Aluan daripada Datin Azimah, Pengetua SMK Dato' Sedia Raja

Sdr. Khairy memberikan ucapan motivasi dan kata-kata perangsang kepada para pelajar memanam semangat untuk terus berjaya

Para pemain gamelan dan cak lem pong turut tidak melepaskan peluang mendengar ucapan Sdr. Khairy

Penyampaian hadiah kepada pelajar cemerlang SPM

Sdr. Khairy meneliti pendapaian yang dicapai oleh pelajar ini

Berbual dengan ibu pelajar yang tidak dapat hadir ke Majlis tersebut

Menunjukkan pencapaian terbaik yang harus dibanggakan oleh bapa pelajar tersebut


Flat Seri Paroi - Pada jam 12.00 tengah hari, Sdr. Khairy telah pergi melawat Perkumpulan Perkembangan Wanita (Ibu Tunggal) yang menjalankan perusahaan membuat kuih tradisional secara kecil-kecilan. Dalam pertemuan tersebut, mereka memaklumkan betapa perlunya sebuah bilik gerakan yang dapat membantu mereka memajukan ekonomi keluarga masing-masing.

Dalam maklumbalas kepada persatuan ini, Sdr. Khairy memaklumkan sebanyak RM20,000 telah diperuntukkan melalui peruntukan Projek Kecil Pertanian yang disalurkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan akan dilaksanakan tidak lama lagi melalui agensi di bawah Jabatan Pertanian Negeri.

Dan beliau juga akan berbincang dengan YDP MPS agar pihak MPS dapat meluluskan permohonan mereka untuk beroperasi di dalam dewan yang ada sekarang, dengan menggunakan sebahagian kecil ruang tersebut untuk dibuat bilik gerakan.


Berbincang dengan AJK Perkumpulan Perkembangan Wanita (Ibu Tunggal) tentang permohonan mereka

Sdr. Khairy berharap agar para ibu tunggal dapat bekerjasama dan saling bantu-membantu demi meningkatkat taraf kehidupan masing-masing

Setiap aduan mendapat perhatian penuh Sdr. Khairy

Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin