Gambar: Azman
3.00 petang - Setelah menunaikan Solat Jumaat di Masjid Pekan Pedas dan makan tengah hari di rumah Tn. Hj. Othman Kandar, Ketua Kampung Pedas Gaing bersama YB Zaifulbahri, ADUN Chembong, Sdr. Khairy meneruskan aktivitinya di Rumah Kebajikan Vivekananda.
Lawatan ini adalah susulan daripada permohonan rumah kebajikan yang menempatkan 50 orang anak yatim berbangsa India, untuk mendapatkan sumbangan bagi membeli sebuah lagi van untuk membawa anak-anak tersebut ke sekolah.
Dalam lawatan tersebut, Sdr. Khairy telah berjanji untuk memberikan sumbangan sebanyak RM5000 bagi menampung pembelian van tersebut.
Pembinaan ini tergendala sementara waktu kerana kewangan yang tidak mencukupi
3.30 petang - Sdr. Khairy telah pergi melawat sebuah kilang perabut sekolah yang terbakar pada malam sebelumnya akibat litar pintas. Dalam lawatan tersebut, Sdr. Khairy bersedia memberikan kerjasama dan sokongan kepada pengusaha berkaitan permohonan pinjaman untuk memulakan semula perniagaan mereka.

4.00 petang - Walkabout di Pekan Kuala Sawah, Rantau. Dalam perjalan kali ini, Sdr. Khairy bertemu para peniaga dan pengguna berkaitan isu harga beberapa jenis barangan yang sedang naik dalam pasaran.
Memohon agar peniaga telus dalam membekalkan barangan kepada pengguna, dan mengelakkaan kes menyimpan stok untuk mempengaruhi harga
Berbincang dengan pengguna tentang pendekatan yang boleh diambil untuk mengurangkan kesan kenaikan harga gula
Bersalaman dengan seorang penyokong setia Barisan Nasional
4.30 petang - Melawat jalan kebun getah di Kg. Stesyen yang telah rosak teruk akibat hakisan sehingga menampakkan kabel elektrik yang ditanam di jalan tersebut.
4.30 petang - Melawat jalan kebun getah di Kg. Stesyen yang telah rosak teruk akibat hakisan sehingga menampakkan kabel elektrik yang ditanam di jalan tersebut.
Keadaan kabel yang terdedah ini membahayakan pengguna dan pekebun yang sering menggunakan jalan tersebut setiap hari
Sdr. Khairy memandang serius perkara ini dan akan berusaha mendapatkan peruntukan bagi membaikpulih jalan sepanjang 2km ini.